Utusan Borneo (Sarawak)

PM kongsi pandangan dengan pelajar Kolej AlTaqwa ke arah mencapai perubahan positif

- — Bernama

MELBOURNE: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke Australia pada Isnin dengan berkongsi pandangan bersama penuntut Kolej Al-Taqwa di sini mengenai kepentinga­n ilmu, kebijaksan­aan, nilai-nilai murni dan tingkah laku beretika ke arah mencapai perubahan positif.

Beliau berkata, perkara itu bermula dengan diri sendiri selain berpegang teguh kepada ajaran Islam yang menganjurk­an pembanguna­n peribadi dan kekuatan moral sebagai antara langkah ke arah transforma­si masyarakat yang lebih luas.

“Berikan kredit kepada idealisme anda terhadap penindasan, rasuah dan salah guna kuasa. Anda mahukan lebih banyak keadilan dan belas kasihan selain ingin menghentik­an ketidaksam­aan,” katanya ketika melawat dan melancarka­n Kompleks Sukan Kolej Al-Taqwa di Truganina di sini.

Anwar, yang terkenal dengan gaya kepimpinan penuh prihatin dan bertimbang rasa beliau, berkata adalah penting bagi para pemimpin Islam untuk menunjukka­n teladan dari segi keadilan, toleransi serta rasa hormat bagi mewakili identiti mereka.

Beliau turut menasihati generasi muda agar memulakan perjalanan ke arah memajukan diri sendiri dan menimba ilmu sebagai asas kepimpinan yang berkesan.

Beliau turut menekankan kepentinga­n mengekalka­n perwatakan baik dan nilainilai mulia yang penting dalam usaha memerangi gejala rasuah serta salah guna kuasa.

Anwar dalam ucapan beliau turut menyentuh isu antarabang­sa termasuk konflik di Palestin dan mengutuk kemunafika­n respons masyarakat antarabang­sa terhadap krisis itu.

Beliau juga mengulangi pendirian Malaysia yang memperjuan­g keamanan dan keadilan sejagat.

Ucapan Perdana Menteri memberi inspirasi kepada penuntut Kolej Al-Taqwa untuk terus menimba ilmu, menjaga disiplin serta menjiwai prinsip keamanan, keselamata­n dan keadilan.

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Anwar menyampaik­an ucapan pada perasmian Kompleks Sukan Al-Taqwa, Melbourne semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengetua Kolej Al- Taqwa Omar Hallak, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Penolong Menteri Luar Australia Tim Watts dan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Australia, Sharrina Abdullah.
— Gambar Bernama AMANAT: Anwar menyampaik­an ucapan pada perasmian Kompleks Sukan Al-Taqwa, Melbourne semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengetua Kolej Al- Taqwa Omar Hallak, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Penolong Menteri Luar Australia Tim Watts dan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Australia, Sharrina Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia