Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolah­an

Dimanfaat untuk wujudkan suasana ceria, penerapan adab dan akhlak

- Azman Adnan Ketua Pengarah Pendidikan

PUTRAJAYA: Tiada kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolah­an 2024/2025 yang akan bermula 10 Mac dan 11 Mac ini, sebaliknya ia diisi dengan aktiviti yang mewujudkan suasana ceria di sekolah serta penerapan adab dan akhlak.

KetuaPenga­rahPendidi­kan Azman Adnan berkata dalam minggu pertama, pengurusan sekolah perlu mengalu-alukan kehadiran murid dan pelajar dan memastikan mereka seronok untuk hadir ke sekolah. “Ini tahun kedua, pendekatan baharu iaitu minggu pertama, tiada pengajaran dan pembelajar­an (PdP) dalam bilik darjah.

“Minggu pertama dimanfaatk­an sepenuhnya dengan aktiviti menyeronok­kan yang bangunkan emosi anak murid serta guru untuk laksana proses pendidikan formal nanti. Guru disaran sambut pelajar dengan ramah,” katanya ketika berucap menyampaik­an amanat sempena sesi persekolah­an 2024/2025 di sini semalam.

Sesi persekolah­an 2024/2025 bagi kumpulan A

iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dibuka pada 10 Mac ini.

Bagi kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya pula dibuka bermula 11 Mac ini.

Beliau berkata pentadbir sekolah juga diingatkan melaksanak­an aktiviti bersesuaia­n pada minggu pertama sekolah kerana ia bersempena Ramadan.

“Namun (bulan Ramadan) bukanlah satu alasan untuk tidak laksanakan aktiviti minggu pertama bersama murid dengan ceria. Sekolah ada ruang pupuk nilai baik,” katanya.

Azman turut meminta warga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu hadir ke sekolah pada minggu pertama sesi persekolah­an 2024/2025 bagi menzahirka­n semangat kebersamaa­n dengan pentadbir sekolah.

“Kehadiran (JPN dan PPD) bukan untuk pemantauan tetapi santuni warga sekolah dalam program di laksana di sekolah... tunjukkan soladiriti sokongan tidak berbelah bahagi supaya program yang dirancang di sekolah dilakukan dengan baik,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta guru manfaatkan teknologi dan media pembelajar­an terkini dengan bijaksana seperti teknologi kecerdasan buatan (AI).

“AI membantu guru rancang PdP berkualiti tinggi dan menarik minat murid sekarang. AI perlu disesuaika­n oleh guru berdasarka­n potensi anak didik,” katanya. — Bernama

“Minggu pertama dimanfaatk­an sepenuhnya dengan aktiviti menyeronok­kan yang bangunkan emosi anak murid serta guru untuk laksana proses pendidikan formal nanti. Guru ” disaran sambut pelajar dengan ramah.

 ?? ?? AZMAN
AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia