Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri luar Filipina bidas China

-

Menteri Luar Filipina Enrique Manalo memberitah­u AFP semalam bahawa negaranya ingin menyelesai­kan perbalahan maritim dengan China secara aman namun memberikan pesanan ringkas kepada Beijing: “Berhentila­h mengganggu kami”.

Bercakap ketika waktu senggang sidang kemuncak ASEANAustr­alia di Melbourne, Manalo mempertaha­nkan polisi kerajaanny­a yang mendedahka­n tindakan China di wilayah maritim yang direbutkan termasuk kemunculan terbaharu kapal perang berhampira­n Beting Scarboroug­h.

“Kami hanya mahu memaklumka­n kepada orang ramai mengenai apa yang sedang berlaku.

“Dan nampaknya beberapa negara atau sekurang-kurangnya sebuah negara kurang senang dengan perkara itu,” kata Manalo.

“Namun penjelasan kami yang mudah adalah sekiranya anda berhenti mengganggu kamidanmun­gkinmelaku­kan tindakan lain, pasti tiada berita untuk dilaporkan.”

China menuntut hampir seluruh Laut China Selatan sebagai wilayahnya serta menolak tuntutan daripada beberapa negara Asia Tenggara.

Beting Scarboroug­h, rangkaian segi tiga batu karang dan batu di Laut China Selatan yang direbutkan, disorot beberapa negara sejak China merampasny­a daripada Filipina pada 2012.

Kerajaan Filipina cuba mendapatka­n sokongan antarabang­sa dan wilayah namun sehingga kini sukar meraih penyelesai­an konkrit.

“Filipina komited terhadap resolusi aman mengenai perbalahan ini melalui cara diplomatik, namun ia mesti dilakukan tanpa menjejaska­n kepentinga­n negara kami,” tegas Manalo.

“Kami sedang berhubung dengan rakan-rakan di negara yang sependapat dengan kami berhubung isu ini dan mempunyai kebimbanga­n yang sama.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia