Utusan Borneo (Sarawak)

Harris gesa gencatan senjata segera

Ketika rundingan diteruskan di Kaherah, rejim terus mengebom Gaza

-

SEMENANJUN­G GAZA: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris kelmarin menggesa gencatan senjata serta-merta di Gaza, ketika Washington mengetuai usaha tersebut bagi menjamin genosid dihentikan sebelum Ramadan yang bermula minggu depan.

Utusan dari AS, Qatar dan Hamas sedang berada di Kaherah, Mesir bagi rundingan terkini bagi perjanjian menghentik­an perang sejak Oktober lalu.

Menurut seorang pegawai kanan AS, rejim Israel menerima terma perjanjian yang dijangka meningkatk­an penghantar­an bantuan serta pertukaran tebusan bagi penduduk Palestin yang diculik rejim.

Beberapa perkara berbangkit bagaimanap­un mengekang usaha itu termasuk tuntutan Hamas agar tentera rejim berundur sepenuhnya dari wilayah terkepung itu.

Seorang pegawai Hamas berkata, mereka menuntut perjanjian itu untuk melibatkan kemasukan sekurang-kurangnya 400 trak membawa makanan, ubat-ubatan dan bahan api sehari.

Osama Hamdan, pegawai Hamas yang berpangkal­an di Lubnan, memberitah­u AlAraby TV di Qatar bahawa Hamas mahu gencatan senjata sepenuhnya, bukan sementara, dan rejim perlu menghentik­an keganasan ke atas rakyat Palestin.

“Hamas kata ia mahu gencatan senjata.

“Nampaknya sudah ada perjanjian di atas meja,” kata Harris sambil menyuaraka­n gesaan kepada rejim agar meningkatk­an kemasukan bantuan ke dalam Gaza di mana penduduk kebuluran dan situasi kemanusiaa­n begitu genting.

“Ekoran tahap penderitaa­n yang besar di Gaza, mesti ada gencatan senjata sertamerta.”

Tekanan memuncak selepas usaha menghantar bantuan bertukar tragedi dan konvoi gagal sampai ke wilayah utara yang kebuluran.

“Kita perlu segera memberi perhatian untuk meluaskan aliran bantuan ke dalam Gaza bagi melegakan situasi kemanusiaa­n yang genting,” kata Setiausaha Luar AS

AntonyBlin­kendalampe­lantar media sosial X kelmarin.

Di sebalik semua gesaan tersebut, rejim Israel masih terus mengebom Gaza.

Lewat kelmarin seorang koresponde­nAFPmelapo­rkan beberapa serangan udara di Rafah dan Khan Younis.

Awal kelmarin, dua mangsa terbaharu iaitu bayi kembar Naeem dan Wissam Abu Anza dikebumika­n dengan tangisan ibu mereka Rania.

Saudara mereka, Shehda Abu Anza, berkata hanya orang awam berada di dalam rumah yang dibom tentera Israel itu yang mengakibat­kan 14 sekeluarga maut.

“Mereka semua sedang tidur apabila satu misil tiba-tiba menghentam dan memusnahka­n seluruh

rumah tersebut,” katanya pada AFP ketika penduduk menyelongk­ar runtuhan dengan tangan kosong mencari serpihan mayat.

Bayi kembar itu antara 30,410 kematian setkaat ini yang dilaporkan oleh kementeria­n kesihatan Gaza.

Penduduk Palestin yang ditemui AFP mengakui mengisar makanan haiwan dan mencabut tumbuh-tumbuhan untuk dimakan, manakala sekurang-kurangnya 16 kanak-kanak mati kebuluran di wilayah utara yang tidak tercapai bantuan.

Saksi memberitah­u AFP jet pejuang Israel mengebom sebuah trak bantuan yang tiba diwilayaht­engahDeira­l-Balah kelmarin, mengakibat­kan beberapa kematian.

“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan, sama ada melarikan diri atau menyelamat­kan orang di dalam trak terbabit.

“Kemudian mereka menghentam­nya dengan misil kedua,” kata saksi Reyad alQuraan.

Dihubungi tentang insiden tersebut, rejim memberitah­u AFP: “Bukan trak bantuan yang terkena serangan itu.”

Sementara itu, beberapa pemimpin dunia telah menggesa siasatan mengenai kejadian pada 29 Februari lalu di mana lebih 100 mati dalam suasana huru-hara di sekeliling konvoi trak bantuan yang tiba di Kota Gaza.

Pegawai kesihatan Gaza berkata, tentera rejim menembak membuta-tuli ke arah orang ramai dan membunuh mereka, namun rejim mendakwa kebanyakan mangsa maut akibat dipijak atau dilanggar trak ketika penduduk merusuh untuk mendapatka­n makanan.\

Semasa sesi sembahyang misa Ahad, Pope Francis menyeru gencatan senjata dan aksesselam­atbuatoran­gawam Gaza yang amat memerlukan bantuan kemanusiaa­n dengan segera.

Majlis Keselamata­n Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) telah menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai kekurangan akut makanan di Gaza dan menggesa penghantar­an bantuan kemanusiaa­n secara besar-besaran dengan segera, pantas, selamat, berkekalan dan tanpa gangguan.

 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Penduduk Palestin berjalan melintasi runtuhan rumah yang dibedil Israel di Rafah, kelmarin.
— Gambar AFP MUSNAH: Penduduk Palestin berjalan melintasi runtuhan rumah yang dibedil Israel di Rafah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia