Utusan Borneo (Sarawak)

Haiti umum darurat setelah ribuan banduan bolos

-

PORT-AU-PRINCE: Kerajaan Haiti kelmarin mengumumka­n darurat dan perintah berkurung malam dalam usaha mengawal semula negara selepas kumpulan gengster menyerang penjara utama negara dan mengakibat­kan ribuan banduan bolos.

Perintah berkurung dikuatkuas­akan bermula jam 6 petang hingga 5 pagi di wilayah Ouest yang termasuk ibu negara sehingga Rabu, menurut kenyataan kerajaan sambil menambah, perintah berkurung dan darurat boleh dilanjutka­n jika perlu.

Kira-kira 12 maut dalam serangan gengster ke atas Penjara Nasional di Port-auPrince pada malam Sabtu yang berlarutan hingga kelmarin, menurut wartawan AFP.

Serangan berlaku dalam siri keganasan melampau di ibu negara Haiti itu di mana gengster bersenjata penuh yang mengawal sebahagian besar bandar raya itu mencetuska­n huru-hara sejak Khamis.

Mereka mengakui mahu menyingkir­kan Perdana Menteri Ariel Henry, yang memerintah negara Caribbean itu sejak pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada 2021.

Hanya kira-kira 100 daripada anggaran 3,800 banduan masih berada dalam penjara itu kelmarin selepas serangan berkenaan, kata Pierre Esperance daripada pertubuhan National Network for Defense of Human Rights.

Wartawan AFP yang melawat penjara itu kelmarin menemui kira-kira 12 mayat di luar dan hampir tiada orang di dalam, ada di antara mayat tersebut mempunyai kesan tembakan atau projektil lain.

Dalam satu kenyataan lewat kelmarin, kerajaan berkata pasukan keselamata­n telah menerima arahan untuk menggunaka­n segala usaha yang sah dari segi undangunda­ng untuk melaksanak­an perintah berkurung dan menahan sesiapa sahaja yang melanggarn­ya.

Menteri Ekonomi Patrick Michel Boisvert telah menandatan­gani kenyataan itu sebagai pemangku PM kerana Henry berada di Kenya sejak minggu lepas untuk memeterai perjanjian kerahan polis dari negara Afrika Timur itu bagi mengetuai misi pelaksana undang-undang yang disokong PBB.

Serangan gengster turut menyasari penjara kedua

Croix des Bouquets, kata polis.

Ketuagengs­teryangdik­enali dan orang yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Moise antara banduan dalam penjara utama itu yang terletak hanya beberapa ratus meter dari Istana Negara, menurut akhbar harian Le Nouvellist­e.

“Penjara itu telah diintip penyerang sejak Khamis dengan menggunaka­n dron sebelum ia diserang awal malam Sabtu,” tambah Le.

Esperance berkata, pihak berkuasa masih menyiasat jumlah banduan yang bolos dari penjara kedua itu yang menempatka­n 1,450 banduan.

Ketua gengster Jimmy Cherisier yang digelar ‘Barbecue’, berkata dalam video media sosial bahawa kumpulan bersenjata di Haiti bertindak seiring untuk menjatuhka­n Perdana Menteri Ariel Henry. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KACAU-BILAU: Rakaman skrin daripada AFPTV menunjukka­n bangunan Penjara Nasional di Port-au-Prince.
— Gambar AFP KACAU-BILAU: Rakaman skrin daripada AFPTV menunjukka­n bangunan Penjara Nasional di Port-au-Prince.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia