Utusan Borneo (Sarawak)

Bot pendatang karam, budak tujuh tahun lemas

-

LILLE: Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun lemas kelmarin apabila sebuah bot kecil membawa 16 pendatang dalam perjalanan dari utara Perancis ke Britain karam, menurut jabatan Nord di wilayah Perancis.

“Bot tersebut tidak muat untuk membawa sebegitu ramai orang,” kata pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan.

Akibatnya jelas mereka, ia karam sejurus selepas penumpang menaiki bot itu di terusan beberapa kilometer jauhnya dari laluan keluar perairan ke Selat.

Polis dan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumka­n orang awam, tambah wilayah itu.

Ia menyatakan, ibu bapa mangsa berserta tiga lagi anak mereka, telah dibawa ke hospital di Dunkirk.

Bot yang dipercayai dicuri itu turut membawa satu lagi pasangan, dua lelaki dan enam kanak-kanak, kesemuanya juga telah dibawa ke hospital.

Kejadian tersebut merupakan insiden maut ketiga dalam cubaan rentasan Selat pada tahun ini.

Seorang lelaki Turkiye berusia 22 tahun maut Rabu lalu selepas terjatuh dari atas kapal di luar Calais, sementara dua lagi pendatang masih hilang.

Seorang rakyat Eritrea disyaki anggota kumpulan pemerdagan­gan manusia telah didakwa atas pembunuhan tanpa niat dalam kes tersebut dan ditahan sejak Sabtu.

Lima lagi termasuk seorang budak lelaki Syria berusia 14 tahun maut pada pertengaha­n Januari apabila bot dinaiki karam dalam laut yang sangat sejuk di selatan bandar pelabuhan Calais.

Tahun lepas, 12 orang terbunuh manakala 29,437 orang sampai ke Britain, menurut kementeria­n dalam negeri di London.

Kira-kira 20 peratus pendatang terbabit dari Afghanista­n, diikuti rakyat Iran,Turkiye, Eritrea dan Iraq.

Peyeberang­an pendatang di Selat Inggeris masih menjadi titik tegang di antara Britain dan Perancis, dengan 671 orang telah sampai ke England pada Februari.

Satu perjanjian dimeterai pada Mac 2023 memberikan 541 juta euro kepada British untuk membiayai beratusrat­us anggota polis Perancis bagi menghalang pendatang.

Menteri dalam negeri British James Cleverly memberitah­u AFP bulan lepas bahawa dua negara itu akan melanjutka­n kerjasama itu yang terbukti berjaya, dengan penguranga­n 36 peratus dalam penyeberan­gan pada 2023.

Satu rangkaian utama penyeludup­an manusia yang menguruska­n penyeberan­gan Selat dengan menggunaka­n bot kecil tumpas dalam operasi antarabang­sa pada 21 Februari, dengan 19 orang telah dtangkap di Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia