Utusan Borneo (Sarawak)

Empat remaja ditangkap gara-gara berbalas mesej rancang serangan

- — AFP

Polis Belgium kelmarin menahan empat remaja yang disyaki merancang serangan menerusi teks pesanan ringkas, jurucakap pejabat pendakwa raya persekutua­n memberitah­u AFP.

Tigadaripa­dasuspekbe­rusia bawah 18 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah ditangkap ketika polis menyerbu rumah-rumah yang beralamat di Brussels, Ninove, Charleroi dan Liege, kata jurucakap terbabit Eric Van Der Sypt.

Bagaimanap­un tiada senjata atau bahan letupan telah ditemui.

Polis telah merampas telefon bimbit dan komputer riba suspek untuk dianalisis, kata beliau, mengesahka­n laporan media Belgium RTBF dan HLN.

Teks pesanan ringkas yang dihantar keempat-empat mereka menerusi Internet mengenai pelan serangan itu cukup membimbang­kan untuk campur tangan pihak berkuasa yang seterusnya menggeleda­h rumah suspek, kata Van Der Sypt .

“Bukanlah mereka merancang sesuatu esok hari, namun masih cukup hampir untuk campur tangan,” kata beliau sambil menambah bahawa ada di antara suspek telah meningkatk­an kebimbanga­n pihak berkusa.

“Merea amat fleksibel (contohnya) jika seseorang memberikan mereka senjata, keadaan akan berubah sangat pantas.

“Jadi kami tidak mahu untuk mengambil sebarang risiko,” jelasnya lanjut.

Pihak berkuasa Belgium masih amat berjaga-jaga sejak serangan jihad 2016 oleh pengebom nekad yang membunuh 32 orang dalam letupan di lapangan terbang Brussels dan sistem metro bandar tersebut.

Oktober lepas, seorang lelaki Tunisia menembak mati dua peminat bola sepak Sweden di Brussels sebelum ditembak mati polis.

Penahanan kelmarin menyusuli operasi polis yang membunuh suspek pengganas dan pelampau Muslim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia