Utusan Borneo (Sarawak)

Polis ambil keterangan Presiden PAS hari ini

- KUALA LUMPUR:

Polis akan mengambil keterangan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu di sini hari ini berhubung kenyataan beliau bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahan­kan’ pada 20 Februari lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tarikh tersebut diberikan oleh pegawai khas Abdul Hadi selepas mendapati kesihatan Ahli Parlimen Marang itu semakin baik.

“Kita akan ambil keterangan beliau esok (hari ini) jam 2.30 petang di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman antara Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dengan Datuk Khaw

Kok Chin serta Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Datuk Seri Hazani Ghazali kepada Mohd Kamarudin di Pulapol Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Razarudin berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap Abdul Hadi berhubung kenyataan beliau yang disiarkan di portal berita milik PAS pada 20 Februari lepas yang didakwa ditujukan kepada beberapa pihak termasuk Raja-Raja Melayu.

Pada 29 Februari lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menzahirka­n rasa dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan

Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddi­n Datuk Muhamad Munir Bani memaklumka­n Sultan Sharafuddi­n menyifatka­n Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 15 Februari lepas.

Susulan itu, baginda berkenan mengutus surat kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjay­a PAS Negeri Selangor Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Surat lima halaman itu antara lain menyebut kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengeliruk­an malah boleh membawa kegelisaha­n yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Razarudin (tengah) menyaksika­n penyerahan tugas daripada Hazani (kiri) kepada Mohd Kamarudin pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Razarudin (tengah) menyaksika­n penyerahan tugas daripada Hazani (kiri) kepada Mohd Kamarudin pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia