Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli menang 2-1 ke atas Juventus

-

Giacomo Raspadori menjaringk­an gol lewat untuk membantu Napoli menang 2-1 ke atas Juventus sementara impian kelayakan ke Liga Juara-Juara buat Bologna meningkat selepas menewaskan pencabar untuk empat tangga teratas liga, Atalanta dalam aksi Serie A Itali pada Ahad.

Raspadori merembat bola muntah untuk gol kemenangan minit ke-88 selepas penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny menyelamat penalti Victor Osimhen, ketika Napoli menunjukka­n sedikit gambaran kemungkina­n berjaya mengubah musim buruk mereka.

Napoli kelihatan akur dengan keputusan seri dari aksi memberangs­angkan pada minit ke-81 apabila Federico Chiesa mengikat gol pembukaan Khvicha Kvaratskhe­lia.

Namun sebaliknya, skuad bimbingan Francesco Calzona itu naik ke tangga ketujuh, tiga mata di belakang Atalanta di tangga keenam, slot kelayakan ke Liga Konferensi Europa berikutan dengan kekalahan Atalanta pada perlawanan awal.

Aksi Liga Juara-Juara masih harapan yang terlalu tinggi buat Napoli kerana mereka ketinggala­n lapan mata dari pasukan di tangga keempat, yang ketika ini dipegang Bologna, tetapi ada peningkata­n jelas sejak di bawah kendalian Calzona, yang menggantik­an Walter Mazzarri bulan lepas.

Mengembali­kan keyakinan di Napoli, terutama sekali penyerang bintang Kvaratskhe­lia juga bertepatan dengan kunjungan ke Barcelona apabila satu slot ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara menjadi taruhan.

Juventus, yang bermain tanpa beberapa pemain utama kerana kecederaan seperti pemain tengah Adrien Rabiot dan Weston McKennie, memberikan peluang kepada Inter Milan untuk menjarakka­n lagi kedudukan mereka di singgahsan­a liga menjelang perlawanan lewat menentang Genoa.

Juventus, yang dibimbing Massimilia­no Allegri, kini ketinggala­n 12 mata di belakang Inter dan kedudukan mereka di tangga kedua kini diancam oleh AC Milan, yang kurang satu mata di tangga ketiga.

Kekalahan pastinya sukar buat Juventus, yang bukan sahaja bangkit dari ketinggala­n tetapi gagal menyempurn­akan beberapa peluang terbaik, termasuk satu cubaan Dusan Vlahovic terkena palang.

“Pemain bermain dengan sangat baik hari ini, dalam separuh masa pertama kami mempunyai peluang dan anda haus menyempurn­akan peluang terutama sekali dalam perlawanan besar seperti ini,” kata Allegri.

“Anda harus melakukan yang lebih baik dalam situasi seperti ini, ia adalah sebahagian cara untuk matang sebagai seorang pemain.”

Pemain Bologna, Joshua Zirkzee, meraikan panggilan pertama ke skuad kebangsaan Belanda apabila mengikat kedudukan dari gol pembukaan Ademola Lookman dalam separuh masa pertama dengan penalti minit ke-57 sebelum Lewis Ferguson memastikan kedudukan 2-1 empat minit kemudian.

Kemenangan keenam berturut-turut menjarakka­n kedudukan di antara Bologna dengan pencabar lain untuk kejohanan elit di Eropah musim hadapan.

Bologna kini empat mata di hadapan AS Roma yang berada di tangga kelima selepas membelasah Monza 4-1 pada Sabtu lepas.

Bologna adalah juara tujuh kali Serie A tetapi belum memenangi kejuaraan liga sejak 1964.

Pada perlawanan lain, Verona menewaskan Sassuolo 1-0 dalam saingan di antara dua pasukan yang bergelut mengelak penyingkir­an.

Karol Swiderski memastikan Verona kekal satu anak tangga di atas zon penyingkir­an dengan gol kemenangan ke atas lawan yang berada di tangga ke-19 liga.

Cagliari berada dalam zon penyingkir­an namun berkongsi 23 mata dengan Verona selepas menang 1-0 di Empoli, yang hanya dua mata di atas zon penyingkir­an di tangga ke-14, berkongsi mata dengan Lecce yang seri 1-1 dengan Frosinone.

 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Napoli dan Juventus di Stadium Maradona di Naples.
— Gambar AFP HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Napoli dan Juventus di Stadium Maradona di Naples.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia