Utusan Borneo (Sarawak)

Kejuaraan Bundesliga dalam genggaman

Bayer kukuhkan peluang menangi Bundesliga dengan kelebihan 10 mata di puncak liga

- Granit Xhaka Pemain tengah Leverkusen

BERLIN: Bayer Leverkusen mengukuhka­n lagi peluang memenangi kejuaraan Bundesliga Jerman apabila menewaskan Cologne 2-0 dan menjarakka­n kedudukan di singgahsan­a liga dengan kelebihan 10 mata di hadapan pencabar terdekat yang juga juara bertahan, Bayern Munich pada Ahad.

Anak buah Xabi Alonso diberikan peluang untuk menjarakka­n kedudukan berbanding Bayern selepas Bayern hanya mampu seri 2-2 di Freiburg pada Jumaat.

“Sepuluh mata itu sangat banyak,” kata pemain tengah Leverkusen, Granit Xhaka.

“Tetapi ia belum berakhir. Masih ada banyak lagi mata untuk dikumpul dan selagi ia belum ditentukan dari segi matematik, kami tidak boleh berkata ia sudah berakhir. Kami harus terus berusaha dan mengutip lebih banyak mata sebagai sebuah pasukan.”

Leverkusen, yang mencipta rekod Jerman selepas mengharung­i 34 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an, melakukan kunjungan singkat ke kelab jiran, Cologne.

Mereka ternyata pulang selaku pemenang selayaknya walaupun lawan yang bergelut di kelompok bawahan liga itu bermain dengan 10 pemain dari minit ke-15.

Gol pembukaan dihasilkan pada minit ke-38 oleh Alejandro Grimaldo. Hantaran dari sayap kiri dikuis oleh Patrik Schick dan disempurna­kan dari jarak dekat oleh Jeremie Frimpong untuk gol liga peribadi kelapan musim ini.

Grimaldo melengkapk­an jaringan pada minit ke-73, menyempurn­akan satu gerakan cantik dilakukan oleh Amine Adli.

Penyerang Cologne, Jan Thielmann, dilayangka­n kad merah serta-merta pada minit ke-15 selepas kekasaran dari belakang ke atas Xhaka.

Keputusan itu membangkit­kan ketegangan dalam RheinEnerg­ieStadion, di mana pengadil perlawanan, Tobias Stieler berdepan dengan cemuhan pemain dan sekitar 40,000 penyokong tuan rumah.

“Separuh masa pertama agak emosi dengan kad merah,” kata Alonso. “Kami mengawal serangan pantas dan tidak bernasib baik menjaringk­an gol lebih awal. Pada akhirnya, kami bermain dengan sabar dan memperoleh­i gol.”

Cologne, yang menduduki

slot playoff penyingkir­an dan kekal lapan mata dari zon selamat, menyesuaik­an permainan dengan baik selepas kad merah dan tidak bernasib baik apabila dua cubaan terkena palang.

Namun Leverkusen menguasai hampir sepanjang permainan dan mengambil satu lagi langkah untuk memenangi kejuaraan Bundesliga Jerman yang pertama dalam sejarah kelab dengan berbaki 10 perlawanan sahaja lagi musim ini.

Pada perlawanan lain, dua gol Maximilian Beier dalam separuh masa pertama sudah memadai buat Hoffenheim menang 2-1 ke atas Werder Bremen.

Sepuluh mata itu sangat banyak. Tetapi ia belum berakhir. Masih ada banyak lagi mata untuk dikumpul dan selagi ia belum ditentukan dari segi matematik, kami tidak boleh berkata ia sudah berakhir. Kami harus terus berusaha dan mengutip lebih banyak mata sebagai sebuah pasukan.

 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN BERSAMA: Pemain Leverkusen melayan peminat selepas menang 2-0 ke atas Cologne pada perlawanan Bundesliga Jerman di Cologne.
— Gambar AFP RAIKAN BERSAMA: Pemain Leverkusen melayan peminat selepas menang 2-0 ke atas Cologne pada perlawanan Bundesliga Jerman di Cologne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia