Utusan Borneo (Sarawak)

Girona tewas 0-1 kepada Real Mallorca, Atletico Madrid akhiri tiga kekalahan

-

Harapan Girona mengembali­kan saingan kejuaraan liga semakin pudar apabila tewas 0-1 di Real Mallorca dalam aksi La Liga Sepanyol pada Ahad.

Girona kekal di tangga kedua liga tetapi kekalahan bermakna kelab jirannya, Barcelona merapatkan kedudukan dengan kurang satu mata di belakang mereka selepas seri tanpa jaringan dengan Athletic Bilbao pada perlawanan lewat.

Girona hanya menang sekali dari lima perlawanan liga terakhir tetapi mereka memulakan perlawanan menentang Mallorca dengan peluang untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Real Madrid, yang seri 2-2 di Valencia pada Sabtu.

Sebaliknya, Girona menamatkan hujung minggu dengan ketinggala­n tujuh mata di belakang Real Madrid.

Mallorca, yang melangkah ke final Copa del Rey selepas menewaskan Real Sociedad menerusi penentuan sepakan penalti, menjaringk­an gol tunggal kemenangan pada minit ke-33.

Dari satu tendangan sudut, bola melantun terkena pemain Mallorca, Cyle Larin dan sampai kepada JoseManuel Copete untuk merembat masuk ke pintu gol.

Girona mendakwa bola terkena tangan Larin tetapi ulang tayang insiden tidak menunjukka­nnya.

Girona menguasai bola tetapi bergelut mencipta peluang ketika mereka gagal menjaringk­an sebarang gol untuk kali ketiga dari lima perlawanan.

Kemenangan meletakkan Mallorca ke tangga ke-15 liga, lapan mata di atas zon penyingkir­an.

Pada perlawanan lain, Atletico Madrid mengakhiri tiga perlawanan tanpa menang apabila menewaskan Real Betis 2-1 untuk mengukuhka­n kedudukan di tangga keempat liga.

Atletico membuka jaringan seawal minit kelapan dengan bantuan lawan mereka.

Memphis Depay melakukan hantaran kepada Alvaro Morata tetapi bola tidak sampai kepada Morata namun tiga pemain Betis kurang sefahaman menyebabka­n gol sendiri dihasilkan.

Rui Silva mengasari Morata untuk menghadiah­kan penalti kepada Atletico pada minit ke-27 tetapi penjaga gol Betis Rui Silva berjaya menepis bola dan juga dua cubaan susulan selepas itu.

Morata menjaringk­an gol kedua pada minit ke-43 apabila merembat bola muntah dari jarak dekat selepas Rui Silva menyelamat satu rembatan Rodrigo de Paul.

William Carvalho merapatkan kedudukan buat Betis pada minit ke-62 tetapi Atletico berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

Barcelona gagal memintas Girona ke tangga kedua liga apabila diikat tanpa jaringan oleh Athletic Bilbao di gelanggang lawan sementara Villarreal membelasah Granada 5-1.

 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Pertemuan di antara Real Mallorca dan Girona dalam aksi La Liga Sepanyol di Stadium Son Moix di Palma de Mallorca.
— Gambar AFP RANCAK: Pertemuan di antara Real Mallorca dan Girona dalam aksi La Liga Sepanyol di Stadium Son Moix di Palma de Mallorca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia