Utusan Borneo (Sarawak)

Sancho ‘terlalu mahal’ untuk kekal di Dortmund

- — AFP

BERLIN: Jadon Sancho tidak dijangka akan kekal di Borussia Dortmund selepas akhir musim ini kerana ‘ia memerlukan begitu banyak wang’ untuk mengekalka­n pemain pinjaman kelab Manchester United di kelab, kata pengarah teknikal Dortmund, Sebastian Kehl.

Sancho kembali ke Dortmund untuk kontrak pinjaman pada bulan Januari selepas bergelut di Old Trafford berikutan dengan perpindaha­n lumayan ke United pada 2021.

Dia kemudian diasingkan dari skuad utama selepas perbalahan terbuka dengan pengurus kelab, Erik ten Hag.

“Pada akhirnya, ia akan memerlukan wang, banyak wang. Sememangny­a lebih dari apa yang kami ada ketika ini,” kata Kehl.

“Kami memperoleh­i 80 juta euro untuk (penjualan) Jadon. Manchester United pastinya berminat untuk sama ada mendapatka­nnya semula pada musim panas ini atau menjualnya dalam satu perjanjian yang masuk akal bagi mereka. Sama ada ia juga masuk akal bagi kami mungkin isu kedua.”

Sancho kerap diturunkan dalam kesebelasa­n utama di bawah kendalian Edin Terzic sejak kembali ke Dortmund tetapi pemain antarabang­sa England berusia 23 tahun itu masih jauh dari prestasi cemerlang di mana dia menjaringk­an 50 gol dan 64 umpanan gol dari 137 perlawanan sepanjang empat tahun di Dortmund.

Kehl juga berkata mengekalka­n pemain pinjaman dari kelab Chelsea, Ian Maatsen juga satu cabaran dan kelab perlu layak ke Liga JuaraJuara.

Maatsen menyertai Dortmund untuk kontrak pinjaman sehingga akhir musim pada bulan Januari lepas.

“Chelsea sama ada mempunyai masalah ekonomi atau masalah mencari tempat untuknya di kelab,” kata Kehl.

“Kami sudah tentu akan melakukan satu usaha tetapi kami juga harus tunggu dan lihat perkembang­an terakhir. Bagi kami, kelayakan ke Liga Juara-Juara adalah sangat penting.”

 ?? — Gambar AFP ?? LICIK: Sancho ketika beraksi bersama Dortmund.
— Gambar AFP LICIK: Sancho ketika beraksi bersama Dortmund.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia