Utusan Borneo (Sarawak)

Charlton dan Duplantis menyerlah

Charlton perbaharui rekod dunianya dalam acara 60 meter lompat pagar, Duplantis menguasai acara lompat bergalah

-

GLASGOW:DevynneCha­rlton memperbaha­rui rekod dunianya sendiri dalam acara 60 meter lompat pagar sementara Mondo Duplantis sekali lagi menguasai acara lompat bergalah dan ada emas kedua untuk Femke Bol dan Alexander Doom pada hari ketiga dan terakhir kejohanan dalam dewan dunia pada Ahad.

Dalam satu lagi acara menarik trek dan padang di Emirates Arena, pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles juga mencuri perhatian, berlari sebagai pelari ketiga AS untuk acara 4x 400 meter lelaki namun gagal memenangi emas apabila tewas kepada Belgium.

Charlton memberi pujian kepada kekuatan mentalnya apabila memperbaha­rui rekod dunia dengan masa 7.65 saat.

Turut menunjukka­n kekuatan mental ialah Duplantis, yang gagal pada dua cubaan dengan ketinggian 5.85 meter sebelum melakukan lompatan kemenangan pada ketinggian 6.05 meter.

Atlet Sweden kelahiran AS itu hampir mengatasi rekod dunianya sendiri dengan lebih satu meter pada ketinggian 6.23 meter tetapi gagal melakukann­ya lompatan sebanyak tiga kali.

Ketika Duplantis akan

menjadi atlet tumpuan di Sukan Olimpik Paris tahun ini, tiada keraguan dia juga akan disertai oleh Bol.

Juara dunia dua kali acara 400 meter lompat pagar itu memperbaha­rui rekod dunianya sendiri untuk kejohanan 400 meter dunia dalam dewan apabila memenangi pingat emas pada Sabtu dan sekali lagi menjadi pelari terakhir untuk membantu Belanda memenangi emas acara 4x400

meter.

Ada emas kedua yang tidak dijangkaka­n buat Doom, atlet yang kurang dikenali dari Belgium.

Dia mencuri perhatian sebagai pelari terakhir pasukannya untuk menafikan Lyles pingat emas yang belum pernah dimenangin­ya ketika AS terpaksa akur dengan pingat perak.

Doom, yang menewaskan Karsten Warholm dari Norway

untuk memenangi acara 400 meter pada Sabtu, melakukan pecutan terakhir ketika Belgium menewaskan AS dengan jurang sangat kecil.

Lyles, yang memburu emas ketiga acara pecut di Sukan Olimpik, berkata dia merasakan “seperti saya mempunyai tugas yang perlu dilakukan. Saya berasa sangat positif tentang (saingan di) Paris.”

Dalam acara lain, Bryce Hoppel dari AS memenangi

acara 800 meter lelaki, menewaskan Andreas Kramer dari Sweden sementara Eliott Crestan menduduki tempat ketiga.

Harapan Jemma Reekier memenangi emas acara 800 meter wanita di tanahairny­a berkecai tetapi dia masih mampu menduduki tempat kedua, di belakang Tsige Duguma dari Habsyah sementara Noeli Yarigo di tempat ketiga.

Atlet New Zealand, Geordie Beamish memenangi acara 1,500 meter lelaki dengan catatan terbaik peribadi 3:36.54.

Cole Hocker dan Hobbs Kessler dari AS masing-masing di tempat kedua dan ketiga, sama seperti Nikki Hiltz dan Emily Mackay, yang tewas dalam acara 1,500 meter wanita kepada Freweyni Hailu dari Habsyah.

Simon Ehammer dari Switzerlan­d menewaskan Sander

Skotheim dari Norway dengan kelebihan 11 mata untuk memenangi acara heptathlon lelaki.

Dan dengan ketiadaan jaguh dari Venezuela yang juga juara bertahan, Yulimar Rojas, Tara Davis Woodhall dari AS memenangi acara lompat jauh dengan lompatan terbaik 7.07 meter, mengatasi rakan senegar Monae Nicholas dan Fatima Diame dari Sepanyol. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? REKOD: Charlton bergambar di sebelah papan digital yang memaparkan catatan masanya dalam acara 60 meter larian berpagar wanita di Kejohanan Dalam Dewan Duniadi Scotland.
— Gambar AFP REKOD: Charlton bergambar di sebelah papan digital yang memaparkan catatan masanya dalam acara 60 meter larian berpagar wanita di Kejohanan Dalam Dewan Duniadi Scotland.
 ?? — Gambar AFP ?? LOMPATAN KEMAS: Duplantis beraksi dalam acara final lompat galah lelaki di Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Glasgow, Scotland.
— Gambar AFP LOMPATAN KEMAS: Duplantis beraksi dalam acara final lompat galah lelaki di Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Glasgow, Scotland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia