Utusan Borneo (Sarawak)

Man City buktikan kekuatan mereka ke atas kelab jiran Man Utd dalam aksi EPL

- — AFP

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata penyerangn­ya, Phil Foden, sudah menjadi bakat ‘kelas dunia’ yang berupaya menentukan perlawanan besar selepas pemain berusia 23 tahun itu menjaringk­an dua gol ketika menewaskan kelab jiran Manchester United 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Marcus Rashford menjaringk­an gol cantik untuk meletakkan United di hadapan pada perlawanan di Stadium Etihad.

Erling Haaland kemudian gagal melakukan penyudah mudah apabila rembatanny­a melambung tinggi walaupun pintu gol terbuka luas sebelum masa rehat.

Tetapi Foden memastikan City tidak tercicir mata dalam saingan kejuaraan liga apabila mengikat kedudukan sebelum menjaringk­an gol kedua peribadi 10 minit sebelum tamat permainan.

Haaland menebus kegagalan awalnya dengan melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan untuk meletakkan City kembali kurang satu mata di belakang pendahulu liga, Liverpool menjelang pertemuan keduadua pasukan Ahad ini.

“Saya sentiasa merasakan kami akan menjaringk­an gol dan sekarang dia memenangi perlawanan. Untuk menjadi pemain kelas dunia pada usia itu, anda harus memenangi perlawanan,” kata Guardiola.

“Dia hidup untuk bermain bola sepak. Kerana itu, dengan usia 18, 19 tahun, dia membuktika­n sesuatu tetapi sekarang dia lebih matang.

“Dia sentiasa menjaringk­an gol tetapi sekarang menjaringk­an gol yang memenangi perlawanan dan apabila anda melakukann­ya, anda mencapai satu lagi tahap sebagai seorang pemain.”

Kekalahan liga yang ke11 musim ini buat United

menyebabka­n skuad kendalian Erik ten Hag kini kurang 11 mata dari empat tangga teratas liga untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara, dengan berbaki 11 perlawanan sahaja lagi musim ini.

United mungkin mempunyai beberapa rungutan selepas dikuasai lawan dan hanya mempunyai satu cubaan tepat, walaupun ia adalah cubaan yang hebat.

Rashford menutup mulut pengkritik minggu ini apabila menjawab persoalan dengan komitmenny­a.

Penyerang antarabang­sa England itu tidak kelihatan seperti pemain yang menjaringk­an 30 gol musim lepas tetapi ada menunjukka­n sedikit gambaran apabila melakukan satu rembatan jarak jauh yang menerjah jaring.

Namun City menguasai permainan sejak dari gol pembukaan itu dan bernasib baik tidak bolos awal dengan beberapa ketangkasa­n penjaga

golnya, Andre Onana, yang dua kali menepis cubaan Foden sementara Rodri juga melihat cubaannya ditolak keluar.

United tetapi kental sehingga masa rehat tetapi semuanya berubah selepas rehat.

City hampir mengikat kedudukan lebih awal apabila Rodri menanduk bola umpanan Foden kepada Haaland, yang bagaimanap­un merembat bola tinggi walaupun pintu gol terbuka luas.

Pertahanan kental United akhirnya bolos apabila Foden menjaringk­an satu gol cantik yang menyamai gol Rashford.

Ten Hag berang kerana satu kekasaran ke atas Rashford tidak diendahkan pengadil tetapi dia kelihatan terlalu mudah terjatuh ketika diasak Kyle Walker.

Foden menjaringk­an gol pendahulua­n City ketika berbaki 10 minit permainan selepas berganding­an kemas

dengan Julian Alvarez untuk gol peribadi ke-18 musim ini.

Haaland menebus kesilapann­ya dengan gol ketiga selepas Rodri merampas bola dari Sofyan Amrabat dan mengumpan kepada Haaland untuk gol peribadi ke-28 musim ini.

Pada perlawanan lain, Bournemout­h memastikan Burnley semakin menghampir­i penyingkir­an dari Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 di Turf Moor.

Skuad bimbingan Andoni Iraola memberikan kekalahan ke-20 Burnley dari 27 perlawanan liga musim ini menerusi gol awal Justin Kluivert dan gol lewat Antoine Semenyo.

Kemenangan liga yang pertama tahun ini meletakkan Bournemout­h 11 mata di atas zon penyingkir­an sementara Burnley kekal di tangga ke-11 liga.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Man City dan Man Utd di Stadium Etihad, Manchester.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Man City dan Man Utd di Stadium Etihad, Manchester.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia