Utusan Borneo (Sarawak)

Brest terus kejar rapat PSG

-

Brest semakin menghampir­i pendahulu Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) selepas menewaskan Le Havre 1-0 pada Ahad sementara Nice terlepas peluang naik ke tangga ketiga selepas Toulouse bangkit dari ketinggala­n untuk menang 2-1.

Satu gol selepas setengah jam permainan oleh Pierre Lees-Melou membolehka­n Brest merapatkan jurang ketinggala­n sembilan mata di belakang PSG dan mengesahka­n rekod kelab 13 perlawanan liga tanpa kalah.

“Sangat berpuas hati. Kami merapatkan sedikit jurang, ia bagus untuk pasukan sekarang,” kata jurulatih Brest, Eric Roy.

“Saya bangga dan gembira dengan pasukan ini, yang mencipta sejarah mengharung­i 13 perlawanan tanpa kalah.”

Kemenangan memberikan Brest kelebihan empat mata di hadapan pasukan di tangga ketiga, Monaco, yang seri tanpa jaringan dengan PSG pada Jumaat.

Lees-Melou menjaringk­an gol pada minit ke-34 dalam apa yang merupakan saat penentu perlawanan yang sengit.

Brest bertahan sepenuhnya dalam separuh masa kedua kerana keletihan dari keduadua pasukan dan kekasaran yang kerap berlaku.

Nice gagal mempertaha­nkan pendahulua­n pada masa rehat dan memintas Monaco di tangga ketiga selepas tewas di Toulouse.

Terem Moffi meletakkan Nice di hadapan seawal minit kelapan permainan.

Pasukan tuan rumah mengikat kedudukan pada minit ke-65 apabila hantaran Warren Kamanzi disempurna­kan Thijs Dallinga untuk gol peribadi kesembilan musim ini dan gol keempat dari lima perlawanan terakhir.

Empat minit kemudian, Dallinga mengumpan bola kepada Yann Gboho untuk menjaringk­an gol kemenangan.

Kekalahan menyebabka­n Nice kekal di tangga kelima dan terlepas peluang memintas Monaco dan Lille.

“Kami perlu bangun,” kata jurulatih Nice, Francesco Farioli selepas pasukannya gagal meraih kemenangan kelima berturut-turut.

“Kami masih di tangga kelima, jadi kami masih dalam kedudukan mencapai sasaran kami. Kami perlu mengembali­kan semula tenaga yang kami ada di awal musim.”

Kemenangan membolehka­n Toulouse naik ke tangga ke-10, memintas Lyon yang tewas 0-3 kepada Lens pada perlawanan lewat.

Florian Sotoca memecah kebuntuan dengan satu tandukan sebelum rehat dan dua gol dalam separuh masa kedua oleh Elye wahi dan Kevin Danso memastikan Lens memintas Marseille ke tangga keenam liga.

Pada perlawanan lain, Metz membawa pulang tiga mata apabila menang 2-0 di Nantes, menerusi dua gol dalam masa dua minit oleh Georges Mikautadze, dari satu tendangan penalti dan Matthieu Udol.

Lorient meninggalk­an slot playoff penyingkir­an apabila menewaskan Rennes 2-1 sementara Montpellie­r bangkit dua kali untuk seri 2-2 dengan Strasbourg.

Keputusan seri itu bermakna Montpellie­r tercicir ke tangga ke-16 liga selepas Lorient meraih kemenangan.

 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN: Pemain Brest meraikan kejayaan dihadapan penyokong mereka selepas tamat perlawanan Ligue 1 Perancis menentang Le Havre.
— Gambar AFP RAIKAN: Pemain Brest meraikan kejayaan dihadapan penyokong mereka selepas tamat perlawanan Ligue 1 Perancis menentang Le Havre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia