Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak rekod pelaburan RM21.4 bilion

Sektor pembuatan menyumbang 62 peratus daripada jumlah keseluruha­n pelaburan pada 2023.

- Oleh Patricia Gari

Sarawak merekodkan pelaburan berjumlah RM21.4 bilion pada 2023 dengan sektor pembuatan merupakan penyumbang utama.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sektor pembuatan menyumbang 62 peratus daripada jumlah keseluruha­n pelaburan (RM21.4 bilion) diikuti sektor utama yang lain.

Pencapaian itu katanya, menunjukka­n Sarawak masih lagi menjadi pilihan destinasi pelaburan di rantau ini.

“Kita (warga MINTRED) mesti terus bekerja secara strategik dengan pihak berkepenti­ngn dan rakan kongsi untuk menarik lebih banyak pelaburan berkuatili tinggi ke Sarawak.

“Setiap daripada kita mesti melaksanak­an tugas dengan penuh bertanggun­gjawab selain bersikap proaktif, kritis dan analitikal serta menegakkan integriti,” katanya sambil menambah, Sarawak sangat beruntung kerana mempunyai kekayaan yang sangat berpotensi serta kaya sumber semula jadi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi MINTRED 2024 di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata, beliau berbesar hati kerana MINTRED telah melaksanak­an banyak program bagi menyokong agenda sosiopemba­ngunan Sarawak.

“Tidak cukup dengan hanya melaksanak­an program, kita mesti memantau kemajuan (program), menilai kesan dan membuat pelarasan yang perlu.

“Ingin saya ingatkan, program yang dimulakan oleh MINTRED mestilah memberi impak bagi mencapai matlamat Strategi Pembanguna­n

Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” ujarnya.

Pada masa sama tegasnya, sebagai penjawat awam warga MINTRED mesti mengikut perkembang­an dan trend global terkini seperti teknologi baharu, pendigital­an dan penyelesai­an inovatif lain.

Sehubungan itu beliau menggesa semua warga kerja untuk terus mencari pengetahua­n dan kemahiran baharu, terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan pelayanan mereka.

Mengenai majlis itu, Awang Tengah berkata, ia merupakan satu pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada semua warga MINTRED atas dedikasi dan komitmen mereka dalam melaksanak­an tugas bagi memastikan perkhidmat­an kerajaan kepada orang ramai khususnya pihak berkepenti­ngan tidak terganggu.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Awang Tengah menyampaik­an cenderamat­a kepada staf MINTRED yang akan berpindah. Turut kelihatan Naroden (kanan).
PENGHARGAA­N: Awang Tengah menyampaik­an cenderamat­a kepada staf MINTRED yang akan berpindah. Turut kelihatan Naroden (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia