Utusan Borneo (Sarawak)

Komited pupuk pertumbuha­n, daya saing sektor pelabuhan

Kren dermaga di Pelabuhan Senari penting kerana sektor pelabuhan berperanan dalam pertumbuha­n ekonomi

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Perolehan dua kren dermaga berkuasa elektrik baharu di Pelabuhan Senari di sini, membuktika­n komitmen Kerajaan Sarawak dalam memupuk pertumbuha­n dan daya saing dalam sektor pelabuhan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana sektor pelabuhan memainkan peranan penting dalam pertumbuha­n ekonomi Sarawak sejajar dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Justeru penambahan kren dermaga kepada pelabuhan negeri ini menunjukka­n dedikasi kerajaan dalam meningkatk­an kecekapan dan kapasiti pelabuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan dua unit kren dermaga yang dijana kuasa elektrik daripada Habour Link Group Equipment Sdn Bhd kepada Lembaga Pelabuhan Kuching di Pelabuhan Senari di sini, semalam.

Uggah berkata, beliau dimaklumka­n bahawa daya pengeluara­n kontena untuk 2023 adalah pada 274,202 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) dan diunjurkan meningkat kepada 310,000 TEU tahun ini.

“Jadi, adalah tepat pada masanya kren dermaga diperkenal­kan untuk meningkatk­an produktivi­ti pengendali­an pelabuhan di mana dua kren dermaga QC 6 dan QC 7 akan menjadi aset yang berkuasa.

“Pada masa sama, Pelabuhan Kuching dijangka dapat meningkatk­an produktivi­ti pengendali­an kontenanya daripada 26 kepada 50 Gerakan Kasar Per Jam (GMPH),” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yakin kren tersebut akan membolehka­n Pelabuhan Senari mengendali­kan kapal dan jumlah kargo yang lebih besar.

“Sekali gus meningkatk­an daya saing dan daya tarikan pelabuhan kepada pembekal talian perkapalan dan logistik,” katanya.

Menurutnya, pemeroleha­n kren dermaga berkuasa elektrik yang bernilai RM70 juta tersebut sejajar dengan visi Kerajaan Sarawak dalam mentransfo­rmasikan negeri ini ke arah ekonomi hijau.

Katanya, pelaburan dalam infrastruk­tur mesin dan

peralatan moden yang cekap tenaga ini bukan sahaja meningkatk­an kecekapan operasi tetapi juga mengurangk­an jejak karbon dan meminimumk­an kesan alam sekitar dalam operasi pelabuhan.

“Kita bergerak ke arah teknologi hijau yang merupakan sebahagian daripada misi kami (Kerajaan Sarawak) dalam strategi perubahan iklim seperti diamalkan oleh Premier Sarawak,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching Datuk Awang Bemee Pengiran Ali Basah, Pemangku Setiausaha Tetap Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Mustapha Adenan, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuching Robert Lau Hong Thiam dan Pengarah Urusan Kumpulan Habour Link Group Berhad Dato Francis Yong Piaw Soon.

Justeru penambahan kren dermaga kepada pelabuhan negeri ini menunjukka­n dedikasi kerajaan dalam meningkatk­an kecekapan dan kapasiti pelabuhan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? PENYERAHAN: Uggah menyaksika­n simbolik penyerahan dua kren dermaga berkuasa elektrik baharu daripada Francis kepada Awang Bemee (dua kiri) di Pelabuhan Senari.
— Gambar Roystein Emmor PENYERAHAN: Uggah menyaksika­n simbolik penyerahan dua kren dermaga berkuasa elektrik baharu daripada Francis kepada Awang Bemee (dua kiri) di Pelabuhan Senari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia