Utusan Borneo (Sarawak)

Limbungan RoRo baharu di Pelabuhan Senari dijangka siap suku keempat 2024

-

Pembinaan Limbungan Roll-On/RollOff (RoRo) yang baharu di Pelabuhan Senari di sini, dijangka siap pada suku keempat tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek yang dianggarka­n bernilai RM56 juta itu sedang berjalan mengikut jadual.

“Kemajuan fizikal projek ini setakat 25 Februari lalu adalah pada 49.19 peratus berbanding 47.91 peratus yang dijadualka­n.

“Justeru, kita menjangkak­an projek Limbungan RoRo ini siap suku keempat tahun 2024 dan apabila siapnya projek ini, ia mampu memuatkan 2,500 kenderaan di Pelabuhan Senari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan dua unit kren dermaga yang dijana kuasa elektrik daripada Habour Link Group Equipment Sdn Bhd kepada Lembaga Pelabuhan Kuching di Pelabuhan Senari di sini, semalam.

Uggah bagaimanap­un meminta agar projek itu dipercepat­kan lagi sebelum penyiapan projek Jambatan Sejingkat di sini.

“Projek Limbungan RoRo ini sangat kritikal untuk disiapkan sebelum siapnya pembinaan Jambatan Sejingkat kerana ia akan menggantik­an laman di Pelabuhan Pending,” katanya.

Dalam pada itu, Uggah turut mengarahka­n Lembaga Pelabuhan Kuching mewujudkan satu lagi Limbungan RoRo bagi menambah kapasiti sehingga 5,000 kenderaan.

“Saya harap anda melihat semula keperluan untuk mempunyai satu lagi Limbungan RoRo di sini.

“Kita tidak mahu pelabuhan kehilangan pendapatan akibat limitasi penempatan kereta, jadi kita perlu rancang lebih awal dengan kos yang berpatutan,” ujarnya.

Beliau harap akan ada perbincang­an langkah seterusnya mengenai projek laman kedua di Pelabuhan Senari pada minggu daean.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia