Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman mati empat lelaki bunuh wanita kekal

- Dari Muka 1

4

Keempat-empat lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Berdasarka­n fakta kes, Goh merancang untuk mencederak­an teman wanitanya, Chong dan meminta Farose, Abdul Hadi dan Saidina mencederak­an mukanya.

Farose dan adik beradik Abdul Hadi dan Saidina, mencari Chong serta menemuinya di tempat hiburan pada malam tersebut.

Tidak sampai lima minit, adik beradik itu menikam Chong di bahagian leher dan bahagian atas dada. Chong kemudian ditemui mati di tempat kejadian.

Farose, Abdul Hadi dan Saidina seterusnya dibayar RM1,600 untuk dikongsi sesama mereka selepas memaklumka­n Goh bahawa mereka telah menyelesai­kan tugas tersebut.

Mereka menerima wang tersebut di bawah Jambatan Bintawa. Terdahulu semasa prosiding, keempat-empat perayu tersebut menerusi peguam mereka memohon kepada mahkamah agar hukuman mati yang disabitkan terhadap mereka digantikan kepada hukuman penjara.

Timbalan Pendakwa Raya Mangaiarka­rasi Krishnan bagaimanap­un menyatakan hukuman penjara adalah tidak sesuai terutama setelah mengambil kira fakta kes tersebut.

Beliau memaklumka­n mahkamah bahawa mangsa dalam kes ini berada dalam ketakutan kira-kira seminggu sebelum pembunuhan­nya.

Perayu pertama (Goh) katanya, mengugut hendak membunuhny­a dengan mengarahka­n tiga hingga empat lelaki untuk memotong tangan dan kakinya, selain mencacatka­n wajah mangsa.

”Mangsa tidak layak untuk mati dengan cara sebegini. Luka tikaman di sebelah kanan lehernya telah memutuskan urat leher dalaman sehingga mengakibat­kan pendarahan berlebihan.

”Perayu pertama membayar kepada perayu lain sejumlah RM1,600 untuk dikongsi sesama mereka. Adakah nyawa mangsa hanya bernilai RM1,600? Kesemua empatempat perayu tidak mempunyai belas kasihan apabila mereka membunuh mangsa yang tidak bersalah dan tidak mempunyai senjata,” katanya semasa prosiding.

Goh diwakili Chong Chieng Jen, Sim Kiat Leng dan Michael Kong sementara perayu-perayu lain diwakili peguam lantikan mahkamah Daniel Ling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia