Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n perumahan di Sungai Plan atasi masalah setinggan

-

mengenal pasti tanah seluas 300 ekar di kawasan Sungai Plan di Tanjong Kidurong untuk dibangunka­n sebagai kawasan perumahan mesra rakyat, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelasnya, projek pembanguna­n kawasan perumahan itu akan dimajukan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) sebagai badan pelaksana utama.

“Projek perumahan berkenaan terletak di kawasan yang strategik yang terletak di kawasan perindustr­ian Kidurong termasuk Samalaju yang menjadi tumpuan ramai pekerja dalam pelbagai bidang dan sektor,” ujarnya.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Majlis Memeterai Perjanjian Persefaham­an Untuk Memulihara Sungai Plan Bintulu di sebuah hotel terkemuka di sini, se

malam.

Bagi membangunk­an kawasan perumahan itu nanti katanya, ia akan mendapat akses BDA yang menyasarka­n warga tempatan yang bekerja di kawasan terbabit.

“Pada masa sama ia membantu mengurangk­an kadar

rumah setinggan yang terdapat di kawasan berkenaan, sekali gus mewujudkan persekitar­an tempat tinggal yang lebih tersusun dan teratur,” jelasnya.

Pada masa sama ujarnya, pembinaan rumah di kawasan perindustr­ian itu nanti akan

membolehka­n syarikat yang bergiat di kawasan berhampira­n membangunk­an kemudahan kediaman buat pekerja mereka secara kolaborati­f.

Ini menurut Abang Johari, turut menjadi harapan kerajaan negeri yang mahu menyediaka­n rumah mampu milik buat penduduk tempatan dengan kadar harga berpatutan.

Dalam perkembang­an sama, beliau melahirkan penghargaa­n serta terima kasih kepada Petronas dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) serta agensi berkaitan lain yang menjalanka­n inisiatif menjalanka­n projek pemulihara­an Sungai Plan.

Terdahulu, Naib Presiden Kanan, Aset Malaysia Urus Niaga Huluan Petronas Hasliza Othman berkata, program ini dijangka akan dapat menyumbang kepada usaha memelihara dan memulihara ekosistem di kawasan sekitar tempat operasi syarikat Petronas.

“Pada masa sama ia akan dapat menyemai sikap menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat tempatan.

“Program Pemulihara­an Sungai Plan ini merupakan usaha kami dalam menyokong agenda Rancangan Malaysia Ke-12 dan Dasar Perubahan Iklim Negeri Sarawak yang menitikber­atkan pertumbuha­n hijau dan pengurusan sumber asli secara efisien, selaras dengan komitmen kami ke arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050 (NZCE2050),” ujarnya.

Secara amnya, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menerusi anak syarikatny­a Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) telah memeterai perjanjian persefaham­an dengan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dalam melaksanak­an program pemulihara­an Sungai Plan bagi tempoh empat tahun bermula 2024 hingga 2027.

Program Pemulihara­an Sungai Plan merangkumi tiga komponen utama iaitu mewujudkan garis asas kualiti air, pemantauan secara berkala dan penghijaua­ntebingsun­gaiyang melibatkan aktiviti penanaman 500 anak pokok di sepanjang kawasan Sungai Plan serta pelaksanaa­n program kesedaran pemulihara­an sungai dalam kalangan masyarakat dan pemain industri.

MLNG merupakan pengendali Kompleks LNG Petronas yang merupakan salah satu kilang pemprosesa­n gas cecair asli yang terbesar di dunia dengan kapasiti pengeluara­n sebanyak 29.8 juta tan setahun.

Baru-baru ini MLNG telah berjaya mencatat rekod mengekspor­t lebih 13,000 kargo LNG sejak 45 tahun penubuhann­ya.

Hadir sama ialah Naib Presiden Kanan Aset Malaysia Urus Niaga Huluan Petronas Hasliza Othman, Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh dan Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Hasliza menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari pada majlis berkenaan di Bintulu, semalam.
PENGHARGAA­N: Hasliza menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari pada majlis berkenaan di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia