Utusan Borneo (Sarawak)

Arabyrd dan Na Forrer lancar keringkam koleksi Raya di Muzium The Ranee

-

Dalam usaha memperinga­ti warisan asal tekstil keringkam, Arabyrd dan Na Forrer, label fesyen Brunei, melancarka­n koleksi Raya di Muzium The Ranee di sini, semalam.

Kerjasama itu merupakan pendekatan inovatif untuk reka bentuk dengan motif sulaman artisanal keringkam dicetak secara digital pada karya pereka yang direka dengan teliti.

Teknik ini bukan sahaja mengekalka­n warisan budaya, malah menjadikan reka bentuk indah ini boleh diakses oleh khalayak yang lebih luas.

Menurut Arabyrd, penganjur bersama yang juga personalit­i muzik Sarawak, generasi muda pada masa kini hanya berpeluang menggunaka­n keringkam yang diterima secara pusaka ataupun diwarisi secara turun temurun.

Arabyrd yang juga merupakan artis, penulis lagu dan penghibur berbilang bakat berkata, harga keringkam juga agak mahal sehingga boleh mencecah hingga RM30,000.

Justeru menurutnya, motif keringkam yang dicetak secara digital pada karya busana ini bakal dimanfaatk­an oleh orang ramai.

“Keringkam merupakan satu bentuk seni yang cantik dan harus dipakai secara meluas. Jadi saya memutuskan untuk mencipta beberapa helai (busana dengan keringkam dicetak secara digital) yang boleh dipakai pada bilabila masa, terutama untuk Hari Raya.

“Kami membuat prototaip pertama iaitu selendang untuk YB dan langkah seterusnya ialah mencipta hijab serta selendang dengan keringkam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (UndangUnda­ng, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan NegeriPers­ekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Dengan gaya warna yang segar dan keunggulan pada pakaian tradisiona­l Sarawak melalui gabungan hitam dan merah menarik, koleksi ini memberi penghormat­an kepada gaya berpakaian elegan wanita Sarawak.

Digelar ‘Irama’, koleksi mini Raya itu menampilka­n tujuh helai busana yang mempamerka­n motif cetakan digital keringkam dan batik lukisan tangan yang diperbuat daripada satin sutera dan krep.

Koleksi itu merangkumi kaftan dan pakaian yang mudah dipakai, selain meraikan budaya bersatu dan sejarah tekstil Borneo.

Koleksi ini tersedia untuk

prapesanan, dengan masa menunggu dua minggu.

Untuk maklumat lanjut, lawati

www.naforrer.com atau ikuti Na Forrer dan Arabyrd di Instagram (@naforrer, @

iamarabyrd). Untuk pertanyaan, hubungi designer@ naforrer.com.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Sharifah Hasidah (empat kiri) dan Arabyrd (tiga kiri) merakam kenangan bersama yang lain semasa majlis tersebut.
UNTUK ALBUM: Sharifah Hasidah (empat kiri) dan Arabyrd (tiga kiri) merakam kenangan bersama yang lain semasa majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia