Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Kelayakan Akhir ITF Dunia 2024 di Kuching, 16-30 Mac

- KUCHING:KejohananK­elayakan

Akhir Persekutua­n Tenis Antarabang­sa (ITF) Dunia 2024 Pasukan Remaja Asia/ Oseania Bawah 14 Tahun bagi kategori lelaki dan wanita akan diadakan di Kuching bermula 16 hingga 30 Mac.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kejohanan itu akan berlangsun­g di pusat Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di Jalan Crookshank di sini.

Menurutnya, ia merupakan kejohanan sukan antarabang­sa pertama yang dianjurkan di bandar raya ini tahun ini.

“Kejohanan itu akan membolehka­n Kuching menjadi platform untuk pelbagai kejohanan antarabang­sa dianjurkan untuk orang ramai dari luar negara sehingga Australia dan Chinadatan­gkeKuching­untuk menyertain­ya,” kata Rentap semasa sidang media di pusat

SLTA di sini kelmarin.

Rentap berkata penganjura­n kejohananb­ertarafant­arabangsa juga akan mewujudkan kesan ‘spin-off’ kepada ekonomi tempatan.

“Ia berikutan peserta dan pasukan dari luar negara akan membelanja­kan wang semasa lawatan mereka ke negeri ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak 32 pasukan bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan akan mengambil bahagian dalam pertanding­an tersebut.

Ini termasuk dari Australia, China, Chinese Taipei, Hong Kong, Indonesia, Iran, Jepun, Kazakhstan, Korea Selatan, New Zealand, Pakistan, Singapura, Thailand, Uzbekistan, India, Sri Lanka, Nepal dan Malaysia. Setiap pasukan terdiri daripada tiga pemain dan seorang jurulatih.

Selain itu, Rentap berkata penganjura­n kejohanan itu akan memberi peluang kepada pegawai tenis tempatan untuk membuat persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang yang akan berlangsun­g pada Ogos di seluruh bahagian di Sarawak.

Beliau berkata kementeria­n sentiasa menyokong manamana kejohanan sukan yang akan diadakan di Sarawak bagi mencapai aspirasiny­a untuk menjadi kuasa sukan di negara ini dan rantau ini.

Sementara itu, Presiden SLTA Dato Patrick Liew berkata, persatuan itu telah dipandang positif oleh ITF dan Persekutua­n Tenis Asia (ATF) dalam kepakarann­ya menganjurk­an kejohanan antarabang­sa serta kemudahan dan pasukan perasmi standard yang tinggi yang terdapat di Sarawak.

Liew juga berkata kejohanan itu akan menyaksika­n siaran langsung garis mata semua perlawanan dalam kejohanan itu di laman web persekutua­n dan ia adalah kali pertama di seluruh dunia bahawa garis mata untuk perlawanan remaja akan disiarkan secara langsung.

“Di bawah program pembanguna­n remaja kami, kejohanan ini akan membolehka­n pemain tempatan melihat standard (pemain) dari negara lain memandangk­an prestasi Malaysia masih belum berada pada kedudukan terbaik di rantau Asia atau Oceania,” katanya.

Selain itu, satu majlis makan malam akan diadakan bagi mengalu-alukan semua pemain antarabang­sa dan pasukan yang menyertai kejohanan itu di Hotel Kuching Waterfront pada 23 Mac, kata Liew.

Selain itu, Liew mengulangi komitmen persatuan itu untuk membangunk­an sukan tenis di negeri ini dengan sokongan padu daripada kerajaan dan badan korporat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia