Utusan Borneo (Sarawak)

Zambry enggan ulas permintaan agar Tiong dipecat daripada jawatannya

-

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir enggan memberi sebarang komen tentang permintaan Dr Muhamad Akmal Saleh agar Datuk Seri Tiong King Sing dipecat daripada jawatannya.

Zambry merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkerasun­tuktidakme­njawab pertanyaan pemberita mengenai isu itu.

“Saya fokus kepada inilah. Jika saya jawab itu nanti hal pendidikan akan hilang,” katanya kepada pemberita yang ditemui selepas Lawatan Mesra Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia ke Kolej Universiti Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) semalam.

Beliau dalam rangka lawatan selama dua hari di sini ke univeristi, politeknik dan tempat-tempat yang mempunyai kepentinga­n bagi KPT.

Ini termasuk kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal

Saleh dikatakan enggan berganjak dan mempertaha­nkan pendirian menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat menteri kabinet terbabit kerana mengiktira­f ‘bak kut teh’ sebagai hidangan warisan negara.

DrMuhamadA­kmalberkat­a tindakanMe­nteriPelan­congan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing itu disifatkan sebagai ektremis kerana tidak tahu menjaga sensitivit­i majoriti rakyat negara ini yang beragama Islam.

Malah beliau mempersoal­kan relevannya memasukkan makanan yang kebanyakan penyediaan­nya mempunyai unsur asas babi, sekali gus sensitif di kalangan orang Islam dalam senarai makanan warisan negara.

“Ini bukan soal ada sembilan lagi makanan lain juga dimasukkan dalam senarai makanan warisan negara, tetapi ini adalah soal apakah relevannya memasukkan makanan mempunyai unsur asas babi yang kita tahu sangat sensitif kepada penduduk Islam yang juga majoriti penduduk negara ini dalam senarai makanan warisan negara?

Tiong pula dipetik menggesa Dr Muhamad Akmal agar menghentik­an politik ekstrem berbaur perkauman berikutan keputusan mengiktira­f bak kut teh sebagai hidangan warisan negara tersebut.

Tiong berkata, ia bukan kali pertama Exco Kerajaan Negeri Melaka itu memainkan isu perkauman dan agama.

“Bak merujuk kepada daging, saya telah beberapa kali menekankan bahawa herba yang digunakan adalah halal dan jenis daging boleh bertukar.

“Kalau tambah ayam, ia akan menjadi chi kut teh, jika makanan laut maka ia seafood kut teh dan kambing akan jadi kambing kut teh.

“Sebaliknya, beliau (Muhamad Akmal) banyak kali menyebut babi bak kut teh sedangkanb­akmembawam­aksud daging secara umum malah bukannyaba­bisahaja,”katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis lalu.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? ENGGAN ULAS:
Zambry ketika ditemui pemberita semalam.
— Gambar Roystein Emmor ENGGAN ULAS: Zambry ketika ditemui pemberita semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia