Utusan Borneo (Sarawak)

KPT panjangkan dasar pendidikan tinggi sehingga 2030

NRC diwujudkan bagi membuat perancanga­n jangka panjang tentang dasar pendidikan tinggi negara, kata Zambry

- Oleh Henrietta Liza Menteri Pendidikan Tinggi

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuat perancanga­n jangka panjang tentang dasar pendidikan­tingginega­rayang dipanjangk­an tempohnya bermula 2025 hingga 2030.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menambah pihaknya telah mewujudkan Jawatankua­sa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC).

“Seperti kita sedia maklum, perancanga­n jangka panjang kita iaitu sebelum ini kita ada dasar pendidikan 2020 hingga 2025 yang akan berakhir pada tahun depan.

“Jadi saya telah arahkan untuk ke hadapannya nanti diwujudkan satu jawatankua­sa khas bagi kita merangka mulai 2025 hingga 2030.

“Jadi sebuah jawatankua­sa telah pun dibentuk dalam penerusan kita melihat dalam sistem pendidikan tinggi kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Lawatan Mesra Menteri KPT Malaysia ke Kolej Universiti Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) semalam.

Tegas beliau, jawatankua­sa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Dr Zaini Ujang yang akan melihat secara terperinci perancanga­n untuk dasar pendidikan tinggi bagi tempoh 2025 hingga 2030.

Dalam hal yang berkaitan, beliau turut menyatakan bahawa mana-mana kerajaan negeri mempunyai hak untuk melaksanak­andasarpen­didikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.

Beliau menambah, dasar itu boleh dilaksanak­an mengikut kemampuan setiap negeri.

“Negeri mempunyai dasar (pendidikan) dan mereka ingin membantu anak negeri mereka untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat universiti serta kolej.

“Jadi itu adalah hak negeri kerana mereka mempunyai kemampuan untuk membantu anak negeri masing-masing,” katanya selepas lawatan tersebut.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 1 Oktober 2023 bahawa pendidikan percuma akan diperkenal­kan di universiti dan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri untuk anak jati Bumi Kenyalang bermula tahun 2026.

Beliau dijangka akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Seperti kita sedia maklum, perancanga­n jangka panjang kita iaitu sebelum ini kita ada dasar pendidikan 2020 hingga 2025 yang akan berakhir ” pada tahun depan. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? BINCANG: Zambry (kanan) beramah berbual dengan Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS Profesor Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce (kiri) semalam.
— Gambar Roystein Emmor BINCANG: Zambry (kanan) beramah berbual dengan Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS Profesor Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce (kiri) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia