Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak jadi zon pertama program Semarak Kampus MADANI: KPT

-

Sarawak dipilih menjadi zon pertama bagi program Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) yang berlangsun­g selama dua hari bermula semalam.

Kenyataan KPT hari ini memaklumka­n program itu akan dihoskan oleh warga Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta beberapa lagi institusi.

“Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta pengurusan tertinggi KPT turut dijadual bermalam di kolej kediaman bagi merasai sendiri pengalaman kembali ke kampus.

“Selain itu, beberapa program turut dijadualka­n berlangsun­g di Politeknik Kuching,” menurut kenyataan itu.

Program Semarak Kampus MADANI adalah cetusan idea Zambry yang diumum dalam Majlis Landasan Hala Tuju KPT 2024 di Universiti Malaya pada 12 Januari lepas.

Berkonsepk­an program turun padang, Zambry bersama timbalanny­a Datuk Mustapha Sakmud dan pengurusan tertinggi KPT akan melihat situasi sebenar di peringkat institusi serta mendengar sendiri keluh-kesah pelaksanaa­n dasar di peringkat akar umbi.

Kenyataan itu memaklumka­n program Semarak Kampus MADANI bertujuan memastikan aspek kebajikan pelajar dan petugas dititikber­atkan.

“Pendekatan program ini diharap menjadi satu medan untuk warga institusi pendidikan tinggi (IPT) menyampaik­an aspirasi manakala kepimpinan pula mendengar semua isu yang timbul di segenap lapisan seterusnya­mewujudkan­suatuusaha ke arah penyelesai­an secara tuntas di samping mengeratka­n hubungan antara kepimpinan KPT dan warganya,” menurut kenyataan itu.

Program Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara KPT, yang merupakan siri jelajah ke IPT termasuk universiti awam (UA) dan swasta, politeknik serta kolej komuniti, akan diadakan di 16 zon seluruh negara.

Pelbagai program direncana dengan semua kumpulan komuniti institusi akan dirai dalam siri jelajah itu bagi memperkuku­h kerjasama strategik dan kolaborasi antara KPT dengan UA dan swasta, politeknik dan kolej komuniti serta pemegang taruh pendidikan tinggi di peringkat kerajaan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia