Utusan Borneo (Sarawak)

Chieng komited perkemas sektor pendidikan di Bukit Assek

-

Bekas pelajar SM Methodist Joseph Chieng yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N51 Bukit Assek, terus komited memperkema­s sektor pendidikan di kawasannya.

Dalam usaha terbaharu, Chieng telah membantu sekolah lamanya memasang skrin LED gergasi sepanjang 7.36 meter dan selebar 4.16 meter, menandakan langkah progresif dalam memodenkan pengalaman pembelajar­an.

Dalam kenyataan media semalam, Chieng mendedahka­n bahawa ini adalah skrin LED gergasi kedua yang berjaya dipasang selepas yang dipasang di SM Sacred Heart.

Katanya, projek yang bernilai RM100,000 dan dibiayai melalui Projek Transforma­si

Luar Bandar (RTP) kerajaan negeri di bawah N51 Bukit Assek, menunjukka­n komitmen beliau terhadap pembanguna­n sosial serta pendidikan di kawasan tersebut.

“Projek ini bukan sekadar pembaharua­n infrastruk­tur tetapi juga membawa impak besar terhadap pembelajar­an.

“Pemasangan skrin LED akan memberi gambar yang jelas dan diharap dapat membangkit­kan semangat pembelajar­an yang lebih interaktif dan menyeronok­kan dalam kalangan pelajar,” ujarnya.

Selain itu, Chieng yang juga merupakan pengerusi Persatuan Bekas Pelajar SM Methodist menekankan bahawa pemasangan skrin LED adalah satu bentuk sokongan yang jelas terhadap kemajuan pendidikan.

Menurutnya, pendidikan perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi untuk mencapai kecekapan yang lebih tinggi.

Selain itu, transforma­si digital adalah langkah penting untuk menghadapi cabaran masa depan.

Chieng juga berharap agar masyarakat dan pihak berkepenti­ngan dapat bersama-sama menyokong usaha mencipta persekitar­an pembelajar­an yang lebih baik bagi sekolah-sekolah di Sibu.

“Transforma­si digital di SM Methodist diharapkan menjadi mercu tanda penting dalam pembanguna­n pendidikan yang berterusan,” katanya.

 ?? ?? TERMETERAI: Chieng (empat kiri) di barisan belakang menyaksika­n pertukaran dokumen membekalka­n skrin gergasi LED kepada SM Methodist.
TERMETERAI: Chieng (empat kiri) di barisan belakang menyaksika­n pertukaran dokumen membekalka­n skrin gergasi LED kepada SM Methodist.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia