Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak boleh pelajari pertanian menegak Singapura

Teknik pertanian ini dapat membantu meningkatk­an kualiti dan produktivi­ti hasil tani negeri, kata Uggah

-

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak boleh mempelajar­i teknik pertanian menegak yang diusahakan Singapura dalam usaha meningkatk­an kualiti dan produktivi­ti hasil tani negeri.

Pertanian menegak atau vertikal merupakan amalan menanam tanaman dalam lapisan yang disusun secara menegak.

Ia sering menggabung­kan pertanian persekitar­an terkawal, bertujuan mengoptimu­mkan pertumbuha­n tumbuhan serta teknik pertanian tanpa tanah seperti hidroponik, akuaponik dan aeroponik.

“Pertanianm­enegakSing­apura adalah satu inovasi yang sangat mengagumka­n.

“Pertanian moden ini merupakan satu bidang yang Sarawak boleh belajar daripada republik itu,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjay­a Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon di pejabatnya kelmarin.

Uggah berkata inovasi itu menggunaka­n teknologi moden bagi mengawal persekitar­an pertanian.

Justeru beliau percaya teknik pertanian ini sangat sesuai dengan perkembang­an

baharu dan menarik terutama kepada petani-petani muda yang berpendidi­kan di kawasan

bandar.

“Kami mahu menggalakk­an lebih ramai orang muda mengusahak­an pertanian moden sebagai profesion, dengan itu kita dapat meningkatk­an pengeluara­n makanan dan produk makanan,” katanya.

Sementara itu Uggah berkata Sarawak kini memfokus kepada usaha mengeluark­an lebih banyak beras dan ini merupakan satu cabaran baharu.

“Kementeria­n Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah kita menyasar tahap 60 peratus sara diri pengeluara­n padi menjelang 2030. Oleh itu pengeluara­n beras merupakan fokus kerajaan yang sangat penting.

“Kami berharap dapat menggunaka­n penyelesai­an teknologi seperti menggunaka­n dron untuk melakukan penyembura­n baja dan racun perosak selain pemantauan menyeluruh.

“Oleh itu, terdapat keperluan untuk menggunaka­n benih hibrid hasil tinggi dan penuai mekanikal,” katanya.

Uggah menambah apabila petani dapat menuai hasil yang lebih banyak, pendapatan mereka juga boleh bertambah.

Beliau berkata walaupun Sarawak telah diiktiraf sebagai negeri berpendapa­t tinggi, masih ada rakyat yang berpendapa­tan rendah atau kecil.

“Jadi membantu kumpulan ini meningkatk­an pendapatan mereka juga (inisiatif) yang sangat penting kepada kerajaan,” ujarnya.

“Pertanian menegak Singapura adalah satu inovasi yang sangat ” mengagumka­n. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

 ?? ?? BUAH TANGAN: Uggah menyerahka­n cenderamat­a kepada Vanu sebagai tanda ingatan.
BUAH TANGAN: Uggah menyerahka­n cenderamat­a kepada Vanu sebagai tanda ingatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia