Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama antara Chemsain, Ecosecurit­ies akan menyokong agenda hijau Sarawak

-

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerjasama antara Chemsain Sustainabi­lity (Chemsain) dan Ecosecurit­ies Group (Ecosecurit­ies) akan menyokong agenda hijau Sarawak khususnya industri pasaran karbon.

“Tahniah kepada Chemsain dan Ecosecurit­ies atas kerjasama perkongsia­n mereka untuk memacu industri pasaran karbon di Sarawak khasnya dan seluruh rantau ini amnya serta membantu dalam penyelesai­an penyahkarb­onan.

“Kerjasama ini sudah pastinya bertujuan menyokong agenda hijau Sarawak menerusi pertama membangunk­an portfilio projek-projek penyelesai­an iklim, kedua memanfaatk­an pelaburan sektor swasta melalui Perkongsia­n Awam-Swasta dan ketiga menyokong pembanguna­n dasar Sarawak dan ketetapan kawal selia yang memudakah pelaburan juga pautan ke Perkara 6 Perjanjian UNFCCC Paris,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Kenyataan itu dikeluarka­n Chemsain susulan pertemuan delegasi Chemsain dan Ecosecurit­ies dengan Awang Tengah di pejabatnya di Wisma Alam di sini, kelmarin.

“Saya memuji dan mengucapka­n tahniah kepada Chemsain atas usaha yang telah mereka lakukan sejak 40 tahun lalu. Mereka telah memainkan peranan penting untuk pembanguna­n Sarawak dan perkongsia­n dengan Ecosecurit­ies ini adalah yang tepat.

“Untuk Sarawak maju, kita semua mesti bersama-sama sektor swasta dan awam,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdaganga­n

Antarabang­sa, Perindustr­ian dan Pelaburan menambah peranan penting yang dimainkan oleh Invest Sarawak memupuk landskap yang kondusif untuk kerjasama antara syarikat tempatan dan antarabang­sa.

Sementara itu Pengerusi Eksekutif Chemsain Dr John Chan berkata: “Kami berbesar hati untuk memulakan

perkongsia­n ini dengan Ecosecurit­ies kerana kami secara kolektif menyokong agenda hijau Sarawak.

“Kerjasama ini menekankan komitmen kami untuk menyokong rantau ini beralih ke arah penyelesai­an penyahkarb­onan dan mewujudkan peluang baharu dalam sektor pasaran karbon.”

Chan menambah, kerjasama

itu akan menyaksika­n syarikat kelahiran Sarawak bekerjasam­a dengan firma pembanguna­n dan pembiayaan projek karbon global.

Chemsain, sebuah syarikat yang berpengala­man dan bereputasi tinggi dalam perniagaan melibatkan bidang alam sekitar, kejurutera­an, pemantauan, perkhidmat­an makmal dan infrastruk­tur air serta mempunyai pengalaman kerja di seluruh rantau Asia Tenggara.

Pada 2022, syarikat itu beralih kepada kemampanan untuk memenuhi permintaan pasaran dan landskap, memperoleh pelbagai projek sektor kerajaan dan swasta di Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Sementara itu Ecosecurit­ies ialah pemaju projek karbon global yang terkemuka dengan pengalaman lebih dua dekad dalam pasaran karbon antarabang­sa, membangunk­an projek penguranga­n pelepasan, penyelesai­an berasaskan alam semula jadi dan mengguna pakai teknologi penyahkarb­onan di seluruh dunia.

Syarikat ini menawarkan perkhidmat­an teknikal dan kewangan kepada organisasi serta kerajaan, menyediaka­n penyelesai­an inovatif dalam mendapatka­n sumber, membangun dan membiayai projek mitigasi iklim yang sejajar dengan sasaran Perjanjian Paris pada masa sama menyokong dasar iklim khusus negara.

Ecosecurit­ies mempunyai akses global melalui rangkaian 20 lokasi di seluruh dunia dan kepakaran tempatan dalam pasaran utama di seluruh dunia

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Perindustr­ian dan Pelaburan (MINTRED) Datuk Dr Malcom Mussen, Timbalan Setiausaha Tetap MINTRED Lo Sheau Sia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) InvestSara­wak Timothy Ong, Pengarah Chemsain Brian Chong, Pengarah Chemsain Timothy Chan, CEO Ecosecurit­ies Pablo Fernandez dan Pengarah Wilayah APAC Ecosecurit­ies Peter Stephen.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Awang Tengah menyampaik­an cenderamat­a kepada Chan.
PENGHARGAA­N: Awang Tengah menyampaik­an cenderamat­a kepada Chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia