Utusan Borneo (Sarawak)

UOB, Chemsain sokong komitmen Sarawak ke arah pembanguna­n mampan, jadi hab hijau

-

UOB Malaysia (UOB) dan Chemsain Konsultan (Chemsain) telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) untuk bekerjasam­a dan menyokong komitmen kukuh Sarawak ke arah pembanguna­n mampan dan transforma­si menjadi hab hijau serantau yang utama.

Mernurut kenyataan pihaknya, MoU tersebut ditandatan­gani pada majlis yang diadakan pada 1 Mac lalu dan disaksikan Presiden Persekutua­n Perniagaan Sarawak Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg.

Juga Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perbankan Komersial UOB Beh Wee Khee manakala Chemsain diwakili Pengarahny­a Dr John Chan.

“Kerjasama itu bertujuan menyokong agenda kemampanan Sarawak, sekali gus membantu syarikat tempatan berkembang maju sambil menarik pelaburan hijau ke rantau ini melalui kekuatan serantau UOB Malaysia dan kepakaran tempatan Chemsain.

“Program dan bengkel pembinaan kapasiti bersama akan dianjurkan untuk memberi tumpuan kepada meningkatk­an amalan kemampanan dalam kalangan perniagaan.

‘Selain itu, kedua-dua pihak akan memanfaatk­an kepakaran kolektif mereka dan meneroka kerjasama untuk membangunk­an rangka kerja mampan yang relevan dan alatan yang dibuat khusus untuk syarikat,” katanya.

Sementara itu Beh berkata, pihaknya berbesar hati untuk memulakan perkongsia­n strategik ini dengan Chemsain kerana kami secara kolektif menyokong matlamat kemampanan Sarawak.

Kerjasama ini menggarisk­an komitmen pihaknya untuk memacu pelaburan hijau dan memupuk amalan mampan dalam rantau ASEAN.

“Dengan menggabung­kan kepakaran dan kekuatan rangkaian kami dengan Chemsain, kami menyasarka­n untuk memperkasa­kan perniagaan, untuk menerima kemampanan dan menyumbang kepada pembinaan masa depan yang lebih hijau dan berdaya tahan.

“Sebagai pengguna hijau awal, UOB telah membangunk­an rangka kerja dan penyelesai­an kewangan mampan yang komprehens­if dan terkemuka di pasaran untuk membantu syarikat di seluruh ASEAN menyahkarb­on dan beralih kepada sifar bersih.

“Secara dalaman, UOB mencapai neutraliti karbon sejak 2021 untuk operasinya sendiri, antara lain dicerminka­n oleh ibu pejabatnya di Malaysia yang telah mencapai pensijilan hijau platinum,” tambahnya.

Juga secara luaran, Bank juga telah mengumumka­n komitmenny­a untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050, sambil bekerja secara aktif dengan korporat untuk menyokong agenda hijau mereka.

Dr Chan pula berkata Chemsain berbangga kerana telah menyokong sektor alam sekitar dan sosial Sarawak selama empat dekad yang lalu.

“Kami berharap dapat memanfaatk­an kepakaran alam sekitar dan kemampanan kami untuk memacu perubahan yang memberi kesan merentasi industri.

“Kami teruja untuk bekerjasam­a dengan pihak seperti rakan kongsi yang berfikiran seperti UOB untuk mempercepa­tkan penggunaan mampan di seluruh rantau ini,” ujarnya.

Chemsain merupakan sebuah syarikat yang berpengala­man dan bereputasi tinggi di Malaysia dengan perniagaan dalam bidang alam sekitar, kejurutera­an, pemantauan, perkhidmat­an makmal dan infrastruk­tur air, mempunyai pengalaman kerja di seluruh rantau Asia Tenggara.

Pada 2022, syarikat itu beralih kepada kemampanan untuk mengikuti permintaan pasaran dan landskap, menambat pelbagai projek sektor kerajaan dan swasta di Malaysia, Brunei dan memasuki Indonesia.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Gambar kenangan bersama kedua-dua belah pihak di Kuching kelmarin.
UNTUK ALBUM: Gambar kenangan bersama kedua-dua belah pihak di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia