Utusan Borneo (Sarawak)

UTS cipta pemeteran pintar canggih ATEMS

Ia bagi menangani isu kualiti kuasa dan permintaan yang semakin meningkat untuk elektrik

-

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) baru-baru ini telah mereka bentuk penyelesai­an pemeteran pintar canggih yang dipanggil Alat Bantu Sistem Pemeteran Tenaga (ATEMS) dalam usaha menangani isu kualiti kuasa dan permintaan yang semakin meningkat untuk elektrik.

ATEMS direka dan dibangunka­n oleh pasukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) UTS untuk menyediaka­n sistem pemantauan masa nyata yang tidak mengganggu, mesra pengguna dan non-intrusif untuk kualiti tenaga dan penggunaan elektrik di premis kediaman.

Dalam kenyataan akhbar di sini kelmarin UTS berkata, projek itu disokong dari segi kewangan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) di bawah Program ‘Powering Ideas’.

“ATEMS direka dan dibangunka­n oleh pasukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) UTS untuk menyediaka­n sistem pemantauan masa nyata yang tidak mengganggu, mesra pengguna dan nonintrusi­f untuk kualiti tenaga dan penggunaan elektrik di premis kediaman.

“Seperti yang diumumkan pada 5 Febrauri 2024, Menteri Sumber Manusia Steven Sim, HRD Corp dan

UTS telah bekerjasam­a untuk menawarkan program latihan peningkata­n kemahiran di wilayah tengah Sarawak

untuk komuniti yang kurang mendapat perkhidmat­an.

“Program ini memberi tumpuan kepada pendawaian

dan pemasangan praktikal, teknologi rumah pintar dan kemahiran keusahawan­an berasaskan AI,” katanya.

Dalam latihan Teknologi Rumah Pintar baru-baru ini, para peserta telah diperkenal­kan kepada Rumah Pintar UTS dengan sesi praktikal yang komprehens­if bagi memperkasa individu dengan pengetahua­n dan kemahiran yang diperlukan untuk mengemudi dan menggunaka­n teknologi pintar dengan berkesan.

“Latihan ini merapatkan jurang antara pengetahua­n elektrik tradisiona­l dan teknologi terkini, memastikan pesertadil­engkapiden­ganbaik untuk menyumbang kepada landskap teknologi rumah pintar yang berkembang pesat.

“Inisiatif ini menandakan sumbangan UTS kepada masyarakat di Sarawak dan landskap inovasi teknologi yang lebih luas,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Timbalan Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan danPembang­unanProfes­ional UTS Kee Keh Kim di talian 084-367519.

 ?? ?? TEKNOLOGI: Peserta menjalanka­n pemasangan ATEMS Smart Meter di Rumah Pintar UTS.
TEKNOLOGI: Peserta menjalanka­n pemasangan ATEMS Smart Meter di Rumah Pintar UTS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia