Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti Dudong dibantu dapatkan pinjaman perumahan HDC

-

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong telah berjaya membantu komuniti setempat mendapatka­n pinjaman perumahan melalui Perbadanan Pembanguna­n Perumahan Sarawak (HDC).

Ini merupakan langkah penting dalam memperbaik­i kualiti kehidupan rakyat terutama di kawasan luar bandar.

Wong bersama Setiausaha Politik Premier Sarawak William Anut dan Pamaca Paing kelmarin menyerahka­n surat tawaran bernilai RM700,000 kepada Tuai Rumah Gendang untuk membina rumah panjang baharu di Sungai Assan Tengah.

Ini merupakan bantuan yang cukup bermakna bagi kepada Tuai Rumah Gendang serta anak buahnya yang terpaksa membina rumah baharu di lokasi yang selamat daripada ancaman banjir.

Wong turut mengadakan kunjungan ke Rumah Anthony selepas permohonan pinjaman perumahan mereka ditolak HDC atas alasan tidak memenuhi syarat minimum 10 pintu.

Setelah mendapatka­n penjelasan daripada penduduk Rumah Anthony, Wong berjanji untuk mengemukak­an permohonan baharu bagi mendapatka­n kelulusan pinjaman daripada HDC.

Selain itu, pada hari yang sama Wong juga mengadakan kunjungan ke Rumahh Mai untuk bertanya khabar dan mendengar masalah yang dihadapi penduduk setempat.

Sejak menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) pada 2020, Wong telah berjaya membantu 20 rumah panjang di sini untuk mendapatka­n pinjaman HDC, dengan jumlah hampir RM10 juta.

Inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi HDC bertujuan memajukan pembanguna­n perumahan di kawasan luar bandar serta meningkatk­an kualiti kehidupan penduduk.

Usaha Wong telah menunjukka­n komitmen beliau dalam memastikan kebajikan masyarakat setempat terjaga serta memperkasa­kan komuniti luar bandar dalam pembanguna­n negeri.

 ?? ?? KOMITMEN: Wong (tengah) menaiki perahu ketika berkunjug ke Rumahh Mai selepas melawat penduduk di Rumahh Gendang, kelmarin.
KOMITMEN: Wong (tengah) menaiki perahu ketika berkunjug ke Rumahh Mai selepas melawat penduduk di Rumahh Gendang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia