Utusan Borneo (Sarawak)

HASiL terus komited pastikan kejayaan pelaksanaa­n program TCG

-

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus komited memastikan kejayaan pelaksanaa­n program Tax Corporate Governance (TCG) dengan menambah baik dokumentas­i rujukan sedia ada pembayar cukai.

HASiL dalam kenyataan berkata, program TCG telah dilancarka­n sejak dua tahun lalu iaitu pada 1 Mac 2022.

Justeru, HASiL ingin memaklumka­n bahawa Tax Corporate Governance Framework (TCGF) Guidelines dan Frequently Asked Questions (FAQ) telah dikemas kini sehingga 23 Februari 2024 serta Rangka KerjaTadbi­rUrusPercu­kaian Korporat versi bahasa Melayu telah dimuat naik ke portal rasmi HASiL.

“Pengemaski­nian yang dibuat ke atas TCGF Guidelines dan FAQ terkini adalah berdasarka­n maklum balas yang diterima daripada beberapa siri sesi libat urus yang dijalankan bersama agensi kerajaan, organisasi dan pengamal percukaian serta kajian amalan terbaik pelaksanaa­n berkesan program TCG,” katanya.

Menurutnya, perubahan TCGF Guidelines adalah meliputi perkara berkaitan pemantauan, aspek keberkesan­an rangka kerja kawalan percukaian, pelaporan ujian kawalan dan pelaporan tadbir urus percukaian serta kawalan dan pengurusan risiko.

Selain itu katanya, bagi memastikan pemahaman dan penggunaan TCGF yang lebih meluas di Malaysia, dokumen Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat turut diterjemah dalam versi bahasa Melayu.

Dokumen-dokumen ini boleh diakses serta dimuat turun dengan langkah mudah seperti melayari portal rasmi HASiL di https://www.hasil. gov.my/ .

Kemudian klik menu Perundanga­n > Rangka Kerja > Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat > Guidelines tax Corporate Governance Framework atau > Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat atau > Frequently Asked Questions Tax Corporate Governance Framework and Guidelines.

Anda juga boleh lakukan melalui capaian pantas di pautan Guidelines Tax Corporate Governance Framework iaitu https://www.hasil.gov.my/ media/34ymucit/guidelines_ tax_corporate_governance_ framework_2.pdf .

Atau Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat https://www.hasil. gov.my/media/dvhfx2bd/ tax_corporate_governance_ framework_tcgf_1.pdf atau Frequently Asked Questions Tax Corporate Governance Framework and Guidelines https://www.hasil.gov.my/ media/as4aosx1/20240223_ faq_tax_corporate_ governance_framework. pdf,,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi menerusi e-mel khas tcg@hasil.gov.my atau Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (Luar Negara); HASiL Live Chat; atau Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https:// maklumbala­spelanggan. hasil.gov.my/Public/

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia