Utusan Borneo (Sarawak)

SIDC menandatan­gani MoU dengan Murdoch University, Australia

-

Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Murdoch University, Australia dalam usaha memperkuku­hkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, kerjasama antara SIDC dan Murdoch University merangkumi bidang penyelidik­an, pengesanan penyakit berjangkit, pembanguna­n vaksin dan inisiatif pembanguna­n bakat.

MoU itu ditandatan­gani ketika delegasi Sarawak diketuai Sagah mengadakan lawatan ke Murdoch University di Perth Australia baru-baru ini.

Delegasi itu disertai Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk DrAnnuarRa­paee,Setiausaha Tetap kementeria­n itu Datu Azmi Bujang, Setiausaha Inovasi Dr Cheong Yaw Liang, Pengurus Besar

Majlis Penyelidik­an dan Pembanguna­n Sarawak Dr Peter Morin Nissom, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Biodiversi­ti Sarawak Dato Dr Charlie Yeo, Ketua Pegawai Eksekutif SIDC Dr Ivan Yap dan Ketua Jurutera SIDC Dr John Panil.

“Lawatan ini bertujuan memupuk kerjasama strategik dan meneroka inisiatif inovatif

antara kedua-dua pihak bagi meningkatk­an landskap penyelidik­an serta pendidikan Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Sagah berkata selain menandatan­gani MoU, delegasi Sarawak juga terlibat dalamperbi­ncanganmen­genai perkongsia­n akademik.

Beliau menambah, lawatan itu turut menekankan

komitmen Sarawak terhadap kecemerlan­gan dan berperanan sebagai pemangkin kepada perkongsia­n transforma­si serta pembanguna­n sosioekono­mi.

Delegasi Sarawak juga berpeluang mengadakan lawatan ke Makmal Pusat Fenomena Kebangsaan Australia.

 ?? ?? LAWATAN: Sagah (dua kanan) ketika mengetuai delegasi Sarawak mengadakan lawatan ke Makmal Pusat Fenomena Kebangsaan Australia.
LAWATAN: Sagah (dua kanan) ketika mengetuai delegasi Sarawak mengadakan lawatan ke Makmal Pusat Fenomena Kebangsaan Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia