Utusan Borneo (Sarawak)

Jamilah teraju baharu Persatuan Bina Badan Bahagian Miri

-

Jamilah Ibrahim menang tanpa bertanding semasa pemilihan jawatan presiden bagi menerajui Persatuan Bina Badan Bahagian Miri (PBBBM) pada mesyuarat agung dua tahun sekali Ahad lalu.

Manakala Samsuri Seruji dilantik sebagai timbalan presiden, Abdul Khaaliq selaku setiausaha dan Ranovich Mathew bendahari dan Chong Hien Yung penolong bendahari.

Sementara itu, enam ahli jawatankua­sa turut dipilih iaitu Mohd Ashraf Daniel Chen, Syed Zainul Al Jeffery Syed Mohamed, Asman Asmat Sefri, Dominic Leo, Azri Asmat Sefri dan Hasnan Tajol.

Dalam ucapannya selepas sesi pemilihan jawatankua­sa penggal baharu itu, Jamilah menekankan bahawa PBBBM mahu ahli-ahlinya untuk fokus, berdedikas­i, berdisipli­n dan bekerja keras untuk mencapai kecemerlan­gan dalam sukan lasak itu.

“Cabaran mental dan fizikal yang dihadapi oleh atlet, kepentinga­n pemakanan dan latihan yang betul serta keinginan untuk berjaya, amat penting untuk membantu seseorang itu mencapai sesuatu ke tahap yang tertinggi,” katanya.

Menurut Jamilah, untuk menjadi ahli bina badan yang berjaya, mereka juga perlu menonjolka­n nilainilai ketabahan, semangat kesukanan dan peningkata­n diri dalam komuniti bina badan itu sendiri.

Beliau berkata, ahli bina badan muda yang berbakat, mesti fokus untuk melakukan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik dalam sukan ini, jika mahu mengatasi peserta lain.

Sementara itu, beliau mendedahka­n bahawa pertanding­an akan datang yang akan diadakan di sini ialah Mr Miri, dijangka diadakan pada Jun tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa lebih ramai belia muda yang dinamik untuk mengambil bahagian dalam sukan tersebut.

 ?? ?? TERAJU: Jamilah (tengah) bersama jawatankua­sa penggal baharu PBBBM Ahad lalu.
TERAJU: Jamilah (tengah) bersama jawatankua­sa penggal baharu PBBBM Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia