Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat ukhuwah ketika penganjura­n program perlu diamalkan

-

BETONG: Semangat ukhuwah yang menjadi amalan bukan sekadar ungkapan keramat yang menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat di sesebuah kampung malah terus tertanam dalam naluri penduduk Kampung Masjid di sini, ketika penganjura­n sesuatu program sejak sekian lama.

Ketua Kampung Abang Dahlan Abang Sulaiman berkata, kekuatan sebuah masyarakat terbentuk dalam amalan ukhuwah seiring dengan tuntutan dan semangat setia kawan dalam kejiranan.

Jelasnya, sebuah kejiranan memerlukan kesepakata­n antara penduduk bagi mencermink­an amalan yang dituntut terbina kukuh dan saling membantu.

“Amalan yang kita lakukan setiap kali menjelang bulan puasa adalah program tahlil.

“Pada masa yang sama, ini juga merupakan budaya masyarakat di sini di mana kita akan menyediaka­n juadah sebagai jamuan pada majlis yang diadakan.

“Alhamdulil­lah, perancanga­n yang telah kita buat dapat dilaksanak­an dan sambutan penduduk kampung juga amat baik dengan kehadiran tetamu dalam kalangan penduduk kampung yang begitu menggalakk­an.

“Syabas dan tahniah atas semangat yang ditunjukka­n sekali gus menggambar­kan perpaduan yang utuh dikekalkan sejak sekian lama dalam kalangan masyarakat di sini,” katanya ketika menyampaik­an ucapan ringkas pada Majlis Tahlil Kampung Masjid di Dewan Masyarakat petang Sabtu lepas.

“Sempena kedatangan Ramadan yang akan disambut oleh umat Islam, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Masjid Betong telah merangka program yang diraikan bersama penduduk kampung sekali gus menjadi program tahunan dan dilaksanak­an dengan majlis tahlil.

“Terima kasih kepada semua yang telah menyediaka­n makanan sebagai juadah kita pada hari ini.

“Kita harap budaya membawa dulang ini akan dapat dikekalkan dalam kalangan masyarakat kita di sini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia