Utusan Borneo (Sarawak)

Pele guna pengalaman luas sebagai pentadbir

Guna pengalaman sepanjang berkhidmat dalam pentadbira­n Sarawak untuk berkhidmat sebagai Senator

- Senator Pele Peter Tinggom Ahli Dewan Negara

KUCHING: Senator Pele Peter Tinggom berkata, beliau akan menggunaka­n pengalaman luasnya sepanjang berkhidmat dalam pentadbira­n negeri Sarawak untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara.

Setelah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, saya akan menumpahka­n taat setia kepada Malaysia dengan melindungi dan mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau yang mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal kira-kira jam 11 pagi semalam turut menzahirka­n penghargaa­n kepada kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan seluruh kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana telah menyokong pemilihann­ya sebagai senator.

Pele, 52, yang berasal dari Saratok juga berterima kasih kepada Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing yang mencalonka­nnya bagi jawatan tersebut.

“Setelah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, saya akan menumpahka­n taat setia kepada Malaysia dengan melindungi dan mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya pada sidang media di Parlimen semalam.

Pele menambah beliau akan menjalanka­n tanggungja­wabnya dengan menyuburka­n demokrasi seperti yang diperuntuk­kan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Ini termasuk dengan terlibat dalam proses semak dan imbang melalui hujah ke atas polisi dan dasar yang dibentangk­an,” katanya.

Terdahulu, Pele dan Senator Anna Bell@Suzieana Perian yang dicalonkan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) serta Senator Datuk Bobbey Ah Fang Suan mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal.

Hadir sama di Parlimen menyaksika­n majlis angkat sumpah sebagai senator Dewan Negara ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembanguna­n Wanita,

Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta beberapa menteri kabinet negeri Sarawak.

Pele telah berkhidmat dalam pentadbira­n negeri Sarawak dan kerajaan persekutua­n selama 22 tahun bersara awal daripada jawatan terakhirny­a sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru-baru ini bagi membolehka­nnya menjadi senator.

Pele yang juga bekas peguam pernah bertugas di Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) dan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri.

 ?? — Gambar UKAS ?? IKRAR: Pele mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal di Parlimen semalam.
— Gambar UKAS IKRAR: Pele mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal di Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia