Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran ‘30-Day Weight Loss’ dorongan buat warga JBS Sarawak capai berat badan ideal

-

Pelaksanaa­n julung-julung kali program ’30-Day Weight Loss Challenge 2024’ oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sarawak bermatlama­t sebagai pendorong buat warga jabatan ini untuk mencapai dan mengekalka­n berat badan ideal, dengan bacaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang optimum.

Menurut Penolong Pengarah Sukan JBS Sarawak Fatimah Abdul Rahman, program itu dijalankan di bawah cawangan pembanguna­n sukan dan melibatkan para pegawai dan kakitangan jabatan yang mempunyai nilai BMI melebihi 25.1.

Bacaan BMI adalah angka yang diperolehi apabila jisim tubuh (dalam kilogram) dibahagi kepada nilai ganda dua ketinggian (dalam meter).

“Program 30-Day Weight Loss Challenge 2024 bermula pada 3 Februari tahun ini dan tamat pada 3 Mac. Ia melibatkan aktiviti- aktiviti fizikal dan bukan fizikal yang menyumbang kepada penurunan berat badan secara konsisten.

“Pemenang dipilih mengikut jumlah berat badan yang paling banyak dikurangka­n dan mencapai bacaan BMI yang tertinggi,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Menurut panduan MyHealth di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), angka BMI unggul adalah di antara 18.5 dan 24.9, bawah daripada 18.5 menunjukka­n kurang berat badan manakala bacaan 25 hingga 30 adalah indikasi berlebihan berat badan.

Angka 30 atau lebih adalah diklasifik­asikan sebagai obesiti (kegemukan).

Dengan rekod penurunan daripada 84.7kg kepada 76.7kg dan bacaan BMI daripada 29.7 kepada 26.9, Awangku Adi Awangku Bolhassan telah dinobatkan sebagai juara cabaran, merangkul Anugerah Superior

berserta hadiah tunai RM300.

Naib juara adalah Hafizul Helmi Mohd Zain, yang menerima Anugerah Cemerlang dan RM200, di mana beliau mencatat penurunan daripada 75.5kg kepada 67.9kg dan bacaan BMI daripada 27.7 kepada 24.9.

Di tempat ketiga, yang menawarkan Anugerah Baik dan RM100, adalah Nur Fatheen Khairuzan Seleman dengan rekod pencapaian 65.5kg kepada 60.4kg dan BMI daripada 25.6 kepada 23.6.

Majlis penyampaia­n sijil dan hadiah telah diadakan di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Sarawak di sini kelmarin (Isnin) dengan upacara disempurna­kan oleh Pengarah JBS Sarawak Lamat Nyalau.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Ronnie Boniface Nugi dan Penolong Pengarah Rakan Muda JBS Sarawak Hafizah Dahlan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia