Utusan Borneo (Sarawak)

Program Jiwa Madani beri akses maklumat penting

-

SIBU: Program Jiwa Madani adalah inisiatif yang memberikan akses kepada maklumat penting kepada penduduk tempatan, terutama mereka yang tinggal di luar bandar.

Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Kelvin Lau Kor Jie menyatakan bahawa program itu tidak hanya membawa maklumat tetapi juga memberi tumpuan kepada isu-isu penting seperti pencegahan dadah terutama di kalangan generasi muda.

Lau menyatakan rasa bangganya kerana dapat berperanan menjayakan program itu dan memastikan kebajikan komuniti terjaga.

“Selain itu, program ini melibatkan pelbagai agensi penting seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Pejabat Pertanian.

“Kehadiran pihak Pejabat Pertanian memberikan peluang untuk memperhati­kan pembanguna­n pertanian di Sarawak, dengan langkah seperti penanaman padi benih hibrid yang diharapkan dapat meningkatk­an hasil pertanian dan memberikan peluang kepada penduduk tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Jiwa Madani Pejabat Penerangan Daerah Sibu di Rumah Unjah Baseh, Melangan, Bawang Assan di sini, semalam.

Menurut Lau, program itu turut melibatkan Jabatan Perangkaan Bahagian Sibu yang mempromosi­kan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Tegas Lau, pengenalan sistem ini adalah bertujuan membantu kerajaan persekutua­n dalam melaksanak­an subsidi tersasar dan mengumpulk­an maklumat penting untuk menyokong inisiatif kebajikan masyarakat.

Justeru, Lau berharap usaha bersama ini akan terus memberi impak positif kepada komuniti dan membantu mencapai matlamat dan pembanguna­n yang berterusan.

 ?? ?? SYABAS: Awangku Adi, diapit Lamat (depan, empat kiri) dan Ronnie pada sesi bergambar bersama Fatimah (depan, tiga kiri), Hafizah (depan, dua kanan) dan para peserta cabaran yang lain.
SYABAS: Awangku Adi, diapit Lamat (depan, empat kiri) dan Ronnie pada sesi bergambar bersama Fatimah (depan, tiga kiri), Hafizah (depan, dua kanan) dan para peserta cabaran yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia