Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki disyaki miliki dadah dicekup polis Mukah

-

Dua lelaki tempatandi­tahanpolis­kerana disyaki memiliki dadah ketika berada dalam sebuah kereta di Jalan Mateding di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kedua-dua lelaki itu berusia 28 tahun dan bekerja sebagai buruh, ditahan oleh pasukan polis dari Bahagian Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sekitar 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaa­n yang dijalankan telah menjumpai satu keratan tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis Methamphet­amine dengan berat kasar 0.26 gram.

“Dadah berkenaan diletakkan di atas tempat duduk penumpang hadapan kereta yang dinaiki keduadua suspek,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Katanya, hasil ujian urin mendapati penumpang kereta positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e manakala pemandu negatif dadah.

Polis kemudian merampas dadah dan kenderaan berkenaan untuk dijadikan barang kes.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama iaitu boleh dipenjarak­an selama tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau keduaduany­a sekali.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 serta pengawasan polis tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun,” jelasnya.

Muhamad Rizal menambah, kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Mukah untuk membantu siasatan lanjut.

 ?? ?? DALAM SIASATAN: Dua lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis Methamphet­amine di Jalan Metading di Mukah, kelmarin.
DALAM SIASATAN: Dua lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis Methamphet­amine di Jalan Metading di Mukah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia