Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman mati lelaki bunuh isteri diganti dengan penjara 35 tahun

-

Seorang lelaki dari Kapit terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutua­n semalam menggantik­an hukuman itu dengan penjara 35 tahun kerana membunuh isterinya pada 2007.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli dan Datuk Mary Lim Thiam Suan terhadap Bangkong Puan, 51.

Mahkamah membenarka­n rayuan akhir tertuduh untuk mengetepik­an dua keputusan Mahkamah Tinggi dan Rayuan yang sebelum ini menjatuhi gantung sampai mati setelah mendengar hujahan semua pihak dan meneliti alasan kehakiman serta rekod rayuan.

Mengikut pertuduhan, ter- tuduh didakwa membunuh isterinya, Dara Suhaili, dengan sebilah pisau di rumah mereka di Kampung Bahagia Jaya, Teku, Sibu pada 9 Ogos 2007, sekitar jam 11.05 malam.

Menurut laporan terdahulu, empat hari sebelum kejadian, berlaku perselisih­an faham antara tertuduh dengan mangsa setelah tertuduh berasa cemburu dengan

isterinya yang pulang lewat dari satu majlis kenduri di kampung sama.

Pada malam kejadian, pasangan suami isteri tersebut bergaduh namun ia berjaya dileraikan oleh ahli keluarga mangsa yang lain sebelum mereka sekeluarga masuk tidur.

Bagaimanap­un tidak lama

kemudian, mangsa tiba-tiba menjerit selepas ditikam di beberapa bahagian badan oleh tertuduh ketika dia sedang tidur.

Selepas menikam mangsa, tertuduh turut bertindak menikam dirinya sendiri dengan sebilah pisau lain beberapa kali sebelum bertindak melarikan diri.

Tertuduh bagaimanap­un berjaya ditahan oleh orang ramai dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatka­n rawatan.

Kes dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim sementara tertuduh diwakili peguam Wendel Crocker.

 ?? ?? TERIMA HUKUMAN: Tertuduh yang diiring pegawai penjara keluar dari kamar Mahkamah Persekutua­n selesai sebutan kes semalam.
TERIMA HUKUMAN: Tertuduh yang diiring pegawai penjara keluar dari kamar Mahkamah Persekutua­n selesai sebutan kes semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia