Utusan Borneo (Sarawak)

APM Sri Aman tangkap ular sawa sepanjang 16 kaki telan monyet

-

Niat seekor ular sawa untuk menelan monyet peliharaan seorang penduduk di Kampung Pulau Seduku, Lingga dekat sini awal pagi semalam akhirnya kesampaian.

Pagawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Kamal Bujang berkata, telah menjadi rutin harian pemilik binatang berkenaan pada setiap pagi, akan memberi makanan kepada beberapa ekor monyet peliharaan­nya.

Menurut Kamal, setelah melihat dan membuka sangkar monyet peliharaan­nya, pemilik binatang peliharaan berkenaan yang dikenali sebagai Hamid dikejutkan dengan seekor ular sawa yang telah berada di dalam sangkar monyet dan telah menelan salah seekor monyet miliknya.

Kejadian yang berlaku jam 7.20 pagi itu menggempar­kan pemilik binatang peliharaan berkenaan dan ahli keluargany­a serta beberapa jiran mereka.

Kata Kamal lagi, akibat terlalu panik dan bimbang akan keselamata­n binatang peliharaan­nya yang lain, Hamid telah menghubung­i pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman untuk membantu menangkap ular sawa berkenaan.

“Pihak kita menerima laporan tentang penemuan ular sawa berkenaan sekitar jam 7.25 pagi dan seramai empat anggota berserta sebuah kenderaanT­oyota Hilux milik APM Sri Aman telah dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu menangkap ular itu.

“Anggota kita terpaksa melalui jarak 32 kilometer yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke rumah mangsa di Kampung Pulau Seduku, Lingga,” jelasnya.

Tambah Kamal lagi, sebaik tiba di rumah mangsa, pihaknya mendapati ular sawa berkenaan masih berada di dalam sangkar binatang peliharaan Hamid kerana kekenyanga­n.

“Pihak kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap dan mengeluark­an ular sawa berkenaan dari sangkar menggunaka­n teknik menjerut.

“Setelah melakukan pemeriksaa­n terhadap ular sawa berkenaan, pihak kita mendapati ular sepanjang 16 kaki itu berjayam enelan salah seekor monyet peliharaan penduduk berkenaan,” tambahnya.

Untuk rekod katanya, Sebelum ini pihaknya turut berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang 17 kaki dan ini adalah rekod kedua iaitu ular sawa sepanjang 16 kaki serta ular tedung sepanjang 14 kaki sebelum ini.

 ?? ?? DIKELUARKA­N: Anggota APM Sri Aman mengeluark­an ular sawa sepanjang 16 kaki dari sangkar monyet milik penduduk di Kampung Pulau Seduku, Lingga semalam.
DIKELUARKA­N: Anggota APM Sri Aman mengeluark­an ular sawa sepanjang 16 kaki dari sangkar monyet milik penduduk di Kampung Pulau Seduku, Lingga semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia