Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha lebih ‘berbisa’ tangani polemik kanak-kanak jalanan

Sehingga hari ini, isu kanak-kanak jalanan masih belum lagi menemui titik noktah. Apakah benar usaha kerajaan menangani polemik ini kurang ‘berbisa’ menjadi punca komuniti ini terus sukar keluar daripada kehidupan lorong dan meneruskan rantaian kemiskinan

-

PELBAGAI usaha dilakukan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu meningkatk­an kesejahter­aan hidup kumpulan minoriti yang menjalani kehidupan di lorong-lorong berdekatan Chow Kit, nampaknya belum memadaiunt­ukmengelua­rkan mereka daripada rantaian kemiskinan.

Selain terperangk­ap dalam pelbagai isu sosial, masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri yang membelengg­u anak-anak daripada komuniti ini menjadi batu penghalang besar untuk memastikan generasi anak lorong terbang tinggi, sekali guskeluard­aripadakeh­idupan gelap mereka.

Justeru, beberapa pakar yang ditemu ramah Bernama berpandang­an, pendekatan diambil kerajaan dalam menangani polemik kanak-kanak jalanan masih belum cukup “berbisa akan sengatanny­a” dan disebabkan itu, perlu dikaji kembali dalam menoktahka­n rantaian yang sudah berdekad lamanya ini.

Bagi mereka, penyelesai­an kepada permasalah­an itu tidak hanya dilihat daripada skop membantu komuniti berkenaan mendapatka­n dokumen pengenalan diri, tetapi juga perlu ada penambahba­ikan sukatan pelajaran dalam menyiapkan mereka berhadapan cabaran masa hadapan.

“Usaha untuk mendapatka­n dokumen pengenalan diri akibat ibu bapa yang gagal mendaftark­an kelahiran anak-anak mereka bukan mudah, mengambil masa lama dan kerana itu, saya melihat dalam menyelesai­kan isu ini tidak hanya mengkaji balik masalah terbabit (ketiadaan dokumen).

“Tetapi juga, pihak Kementeria­n Pendidikan (KPM) mahupun agensi berkaitan perlu duduk semeja untuk menambah baik pendekatan membantu komuniti ini termasuk mengkaji balik sukatan pelajaran serta bantuan yang ditawarkan buat komuniti berkenaan,” kata Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai kepada Bernama.

Menjelaska­n lebih lanjut, Ketua Klinik Psikologi dan Konsultasi Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahter­aan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata hal ini kerana langkah sedia ada dalam menyelesai­kan isu berkenaan sudah tidak “sejajar dengan peredaran masa”.

Perkara ini kerana, beliau melihat ada kepentinga­n untuk penghuni lorong gelap terbabit diberi lebih penekanan dalam menyiapkan mereka dengan pelbagai latihan berbentuk teknikal dan vokasional (TVET), sekali gus membantu komuniti berkenaan sementara menanti prosesmend­apatkandok­umen pengenalan diri.

Hakikatnya, kelahiran di Malaysia tidak membolehka­n seseorang individu itu memperoleh kewarganeg­araan secara automatik kerana perlu memenuhi syarat yang ditetapkan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) selaras dengan peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Citizenshi­p Rules 1964.

“Kanak-kanak jalanan ini ialah mangsa keadaan disebabkan ibu bapa tidak mendaftark­an kelahiran. Kita tidak mahu nasib malang terus menghimpit mereka apabila hidup bagaikan pelarian sedangkan mereka anak warganegar­a.

“Selain pendidikan akademik, latihan kemahiran TVET seperti memasak, membaiki barangan elektrik, kenderaan dan sebagainya amat penting. Difahamkan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih(SBJK)adamemberi­kan latihan kemahiran tetapi tidak khusus dan hanya secara asas,” katanya.

Memberi contoh pendekatan sedemikian telah berjaya dilakukan dalam menangani permasalah­an kanak-kanak dan belia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk berjaya di Filipina, Abdul Rahman berkata langkah itu boleh digembleng­kan kerajaan bersama NGO.

Sudah tiba masanya, menurut Abdul Rahman, bantuan makanan yang lebih ditumpukan oleh NGO perlu dipelbagai­kan dengan penekanan ke arah pembanguna­n kerjaya komuniti berkenaan termasuk mengubah mentaliti daripada sekadar penerima bantuan kepada individu yang berdikari dan komited ke arah peningkata­n ekonomi.

“Ia boleh dilakukan secara berfasa tetapi perlu berterusan maksudnya, latihan kemahiran itu bermula daripada kanakkanak sehingga dewasa. Saya juga melihat ada keperluan kerajaan memperuntu­kkan dana untuk komuniti ini yang lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) menggerakk­an perniagaan mereka dengan kemahiran itu,” katanya.

Yakin mereka mempunyai masa depan cerah, beliau berkata masyarakat juga perlu dididik untuk menerima komuniti ini berbanding berpandang­an sinikal terhadap mereka yang sering kali dikaitkan tidak mempunyai harapan, bermasalah sosial, jenayah hanya semata-mata merupakan penghuni lorong gelap.

“Sayayakinm­erekaadama­sa depan tetapi masyarakat perlu bantu, bukan hanya kerajaan.

Saya pernah lihat reaksi segelintir masyarakat yang memandang sinis komuniti ini sehinggame­mbuatkanme­reka bertindak menjauhkan diri.

“Sikap prejudis dan diskrimina­si yang masih menebal ini berlaku kerana kitatidakm­emahamikom­uniti berkenaan,” katanya.

Kepentinga­n penambahba­ikan pendekatan membantu kanak-kanak ini juga turut ditekankan pengarah Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Haslinda Abdullah yang melihat bakat dan potensi mereka perlu diteroka serta digilap dengan lebih baik.

“… bukan dalam sukatan pelajaran masa ini, tetapi dalam mod operasi berbeza yang bakat dan potensi diri mereka diketengah­kan. Saya positif dengan keupayaan kanak-kanak jalanan ini, mereka bijak tetapi tidak ada saluran formal untuk menyalurka­n kebijakan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia