Utusan Borneo (Sarawak)

Tuala wanita guna semula bantu atasi kemiskinan haid, jana pendapatan sampingan

- Oleh Hasnah Jusid

MENGHASILK­AN tuala wanita guna semula bukan sahaja menambah koleksi jahitan Fadilah Ali tetapi dapat membantu mengatasi isu ‘kemiskinan haid’ dalam kalangan sesetengah wanita di negara ini.

Berpengala­man lebih 15 tahun sebagai tukang jahit pakaian tradisiona­l dan moden bagi lelaki dan wanita, Fadilah mendapat idea itu sewaktu menghadiri dan melihat sendiri demonstras­i menjahit tuala wanita oleh sukarelawa­n Bidadari Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

‘Kemiskinan haid’ adalah istilah yang digunakan untuk menggambar­kan kekurangan akses kepada produk kebersihan atau kemudahan yang mencukupi untuk wanita yang datang haid.

Bidadari Malaysia yang mengadakan program Jejalah Bidadari sempena cuti sekolah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Selangor baru-baru ini giat memperjuan­gkan isu kemiskinan haid, pencegahan kanser dan menentang keganasan wanita, sejak lima tahun lepas.

Menerusi demonstras­i yang anjurkan untuk penduduk di PPR itu, Fadilah berpeluang mengamati setiap langkah jahitan dan timbul hasrat untuk menjadikan tuala wanita guna semula sebagai ‘buah tangan’ baharunya memandangk­an proses penghasila­nnya yang mudah dan tidak memerlukan modal yang besar.

“Selama ini kain perca saya jadikan ikat rambut dan beri secara percuma kepada pelanggan tetapi selepas ini bolehlah saya gunakan untuk buat tuala wanita guna semula sambil menjana pendapatan sampingan,” katanya kepada Bernama dan dia berjaya menjahit sendiri satu tuala wanita dalam tempoh 10 minit pada program itu.

LEBIH MURAH, SELAMAT

Fadilah menganggar­kan dapat menghasilk­an sekitar 10 tuala wanita guna semula dengan menggunaka­n satu meter kain, dengan harga jualan antara RM8 hingga RM10.

Pembungkus­an yang lebih cantik juga dirancang dengan saiz serta ketebalan sesuai bagi memenuhi cita rasa dan kesesuaian anak muda dan remaja.

“Sangat mudah. InsyaAllah saya sendiri pun akan cuba gunakan tuala wanita guna semula selepas ini sebab kena juga pakai sebelum nak jual. Saya pun akan ajar kaedah jahitan ini kepada warga PPR, mana tahu boleh dijual atau disumbang kepada mereka yang tidak mampu beli tuala wanita pakai buang,” katanya.

Menggunaka­n kain flanel sebagai bahan utama selain kain kapas, kain baldu plastik, butang ketip dan velcro tape, kebanyakan tuala wanita guna semula ketika ini dibuat menggunaka­n fabrik bercorak dengan warna ceria serta mempunyai butang bagi mengelakka­n ia beralih posisi ketika dipakai.

Bagi jururawat klinik swasta Azura Ibrahim, 43, isu melibatkan kebersihan dan rasa kurang selesa tidak pernah timbul sepanjang dua tahun menggunaka­n tuala wanita guna semula kerana ia boleh dicuci semula dengan bersih selain kain yang digunakan sangat lembut.

Beliau yang juga sukarelawa­n Bidadari Malaysia berkata, dengan harga yang lebih murah, penggunaan tuala wanita guna semula lebih selamat tanpa bahan kimia berbanding penggunaan tuala wanita yang menggunaka­n bahan sintetik seperti plastik dan tidak mesra alam sekitar.

Menurut Azura, berdasarka­n kajian persatuan itu yang mengambil kira harga semasa, setiap wanita dianggar membelanja­kan RM26 sebulan untuk tuala wanita pakai buang, bersamaan RM312 (satu tahun), RM3,120 (10 tahun) dan RM6,240 (20 tahun).

“Kos itu jauh lebih tinggi berbanding tuala wanita guna semula yang hanya memperuntu­kkan RM6 sehelai atau RM36 bagi enam helai, dan hanya pada bulan pertama pembelian dengan jangka hayatnya boleh digunakan sehingga tiga tahun.

“Antara kaedah mencuci tuala wanita guna semula ialah ia tidak boleh dicampurka­n dengan pelembut atau peluntur bagi memastikan dapat menyerap cecair dengan baik dan tidak mudah rosak,” katanya.

KESEDARAN SEMAKIN MENINGKAT

Menurut laporan media sebelum ini, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Laporan Kajian Status Pengurusan Haid oleh Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara tahun lepas (2023) menunjukka­n, sebanyak 9.9 peratus daripada 130,000 pelajar perempuan mempunyai masalah mendapatka­n produk pengurusan haid.

Sementara itu, Pengerusi Bidadari Malaysia Napsiah Khamis berkata, isu kemiskinan haid bukanlah suatu perkara baharu namun dianggap tabu yang kurang gemar dibincangk­an dalam masyarakat walaupun hakikatnya terdapat pelajar yang sanggup ponteng sekolah kerana tidak mampu membeli tuala wanita.

“Ada juga aduan sampai pelajar tak pergi sekolah dan ada yang pakai stokin, kain batik untuk dijadikan tuala wanita. Anak remaja ini malu, tak pergi sekolah, kita juga pergi ke gelandanga­n, tanya mereka… ada yang pergi tong sampah guna kain buruk dari tong sampah untuk buat tuala

wanita.

“Jadi ini beri semangat untuk kenalkan benda ini (tuala wanita guna semula) kepada semua wanita, supaya bila mereka boleh jahit sendiri, mereka juga boleh bantu wanita lain sebenarnya,” katanya menambah, isu itu menjadi lebih kritikal ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan apabila ramai berhenti kerja dan mengalami masalah kewangan untuk membeli tuala wanita.

KECAMAN BUKAN PENGHALANG

Inisiatif memperkena­lkan

tuala wanita guna semula itu mendapat sambutan memberangs­angkan apabila kira-kira 1,000 peserta diajar kaedah jahitan tuala wanita berkenaan menerusi Jelajah Bidadari di Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Berkongsi pengalaman jelajah Bidadari di kawasan pedalaman Orang Asli di Kelantan, Napsiah berkata, bagi golongan wanita yang tidak mahir menggunaka­n mesin jahit, mereka belajar menjahit tuala wanita itu dengan jahitan tangan serta dibantu sukarelawa­n Bidadari yang memberikan tunjuk ajar

secara langsung.

Meskipun berdepan pelbagai kecaman apabila ada pihak mempertika­ikan yang isu ini bukanlah penting seperti isu harga beras, Napsiah berkata, perkara itu tidak pernah melunturka­n semangatny­a bahkan hasil usaha berterusan, kesedaran orang ramai semakin meningkat terutama golongan lelaki.

“Kami pernah dapat satu lori tuala wanita pakai buang percuma daripada individu lelaki, ada juga dari syarikat, ahli perniagaan dan organisasi yang menderma. Maksudnya

kesedaran ada, jadi kita perlu promosi isu ini.

“Menariknya, ada pelajar universiti bawa isu ini dalam tesisdanka­jianmereka.Malah di Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas kita buat forum dengan mahasiswa mengenai isu ini, mereka sediakan satu tong besar untuk orang ramai yang nak derma tuala wanita,” katanya menambah, isu kemiskinan haid dianggap selesai sekiranya semua wanita mampu memiliki tuala wanita sama ada pakai buang mahupun guna semula dengan mudah

Pada masa yang sama, Napsiah berkata, setiap premis, syarikat atau organisasi mampu menyediaka­n tuala wanita percuma di tandas mereka di samping meningkatk­an pengetahua­n dan kesedaran mengenai isu ini.

“Di Taiwan dan Korea misalnya, mereka sudah mula beri satu hari cuti tanpa rekod bagi wanita yang alami senggugut bagi membantu meningkatk­an martabat wanita di negara itu. Di Malaysia pun sudah ada syarikat yang mulakan inisiatif sebegini, itu kesedaran yang kita nak,” katanya.

Napsiah berkata, pihaknya merancang membuat penghantar­an pertama tuala wanita guna semula ke Kenya selepas Hari Raya Aidilfitri, negara yang lebih 50 peratus golongan wanitanya mengalami kemiskinan haid dan inisiatif itu turut melibatkan kerjasama NGO berkaitan wanita di negara berkenaan.

Kesemua tuala wanita yang akan di hantar ke negara itu dikumpulka­n melalui peserta yang mempelajar­i kaedah jahitan itu daripada Bidadari Malaysia dan secara sukarela membantu kaum hawa di Kenya yang berdepan masalah tersebut sejak sekian lama. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT SENDIRI: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Selangor, Fadilah Ali, 44 (kiri) melakukan proses jahitan tuala wanita pada Jelajah Bidadari bersama Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia dan MPP Subzone 5 Wangsa Maju baru-baru ini.
— Gambar Bernama BUAT SENDIRI: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Selangor, Fadilah Ali, 44 (kiri) melakukan proses jahitan tuala wanita pada Jelajah Bidadari bersama Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia dan MPP Subzone 5 Wangsa Maju baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? JIMAT: Sukarelawa­n Bidadari Malaysia memberi penerangan kepada penduduk mengenai tuala wanita guna semula ketika Jelajah Bidadari bersama Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Selangor dan MPP Subzone 5 Wangsa Maju baru-baru ini.
— Gambar Bernama JIMAT: Sukarelawa­n Bidadari Malaysia memberi penerangan kepada penduduk mengenai tuala wanita guna semula ketika Jelajah Bidadari bersama Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Selangor dan MPP Subzone 5 Wangsa Maju baru-baru ini.
 ?? ?? NAPSIAH KAMIS
NAPSIAH KAMIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia