Utusan Borneo (Sarawak)

Strategi baharu akan dirangka pastikan bakat TVET relevan

-

Strategi baharu dalam mendepani dan mengadapta­si perubahan dunia pekerjaan akan dirangka bagi memastikan bakat yang dihasilkan melalui Pendidikan dan Latihan Tenikal dan Vokasional (TVET) kekal relevan, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata strategi itu akan dirangka berdasarka­n dapatan seminar ‘Tripartite' 2024 yang diadakan di seluruh negara sepanjang tahun ini, membabitka­n siri seminar dengan penglibata­n barisan pemegang taruh pihak permintaan (demand), pemegang taruh pihak penawaran (supply) dan agensi kerajaan selaku pemudah cara.

“Strategi-strategi baharu dalam mendepani dan mengadapta­si perubahan dunia pekerjaan bagi pemegangpe­megang taruh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) akan dirangka berdasarka­n dapatan seminar Tripartite 2024.

“Seminar Tripartite adalah satu daripada inisiatif untuk merealisas­ikan hasrat kerajaan bagi memastikan bakat masa depan berkemahir­an yang dihasilkan melalui institusi TVET adalah relevan dengan pekerjaan semasa, masa hadapan dan berpendapa­tan tinggi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n sempena pelancaran seminar Tripartite 2024 di sini semalam.

Sim berkata platform seminar Tripartite mempertemu­kan wakil industri dan institusi TVET untuk berkongsi pandangan serta aspirasi, demi masa depan TVET yang lebih komprehens­if dan memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak.

“Konsep Tripatisme yang diguna pakai adalah selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam penjajaran inisiatif baru kementeria­n bagi tahun 2024 untuk menghasilk­an dasar yang lebih kolektif, inklusif dan partisipat­if seterusnya memberi manfaat baik kepada semua pemengang taruh,” katanya.

Beliau berkata lima bidang utama telah dikenal pasti mempunyai potensi pertumbuha­n ekonomi dan pekerjaan yang tinggi (HGHV) dipilih sebagai tema utama dan akan dipadankan dengan kriteria tertentu pemegang taruh JPK bagi pelaksanaa­n seminar pada kali ini.

Lima bidang itu adalah industri asas tani dan hospitalit­i, industri nadir bumi, industri berasaskan peralihan tenaga, industri elektrik dan elektronik bernilai tinggi, dan industri berasaskan teknologi dan digital.

“Saya berharap agar program sebegini diadakan secara berterusan bagi mengukuhka­n hubungan kerjasama industri ke arah pelaksanaa­n program TVET berkonsepk­an berpanduka­n industri berimpak tinggi,” katanya.

Sim menggesa pihak industri supaya menjadi rakan kongsi strategik kementeria­n dengan turut mempromosi­kan TVET serta menonjolka­n peluang kerjaya dalam sektor industri masing-masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia