Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan Agro MADANI: Tiada subsidi khusus, jualan murah kerana tiada kos orang tengah

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) tidak menyediaka­n sebarang subsidi khusus kepada peniaga yang menyertai Jualan Agro MADANI, namun peniaga tetap dapat menawarkan harga barangan yang lebih murah, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ini kerana mekanisme program itu adalah jualan secara terus tanpa melalui orang tengah yang membolehka­n pengguna menikmati harga 10 hingga 30 peratus lebih murah, manakala petani dan peniaga masih dapat meraih keuntungan.

Beliau berkata KPKM menyasarka­n sebanyak 5,000 program Jualan Agro MADANI pada tahun ini bagi mencapai sasaran keseluruha­n 10,000 program bagi tempoh 2023 hingga 2024.

Selain itu, Arthur memaklumka­n terdapat beberapa program jualan murah yang turut dilaksanak­an kementeria­n dan agensi lain seperti Jualan Rahmah, namun pelarasan bersama perlu dilakukan supaya pelaksanaa­nnya lebih berkesan dan bersasar.

“Perbezaan setiap program jualan ini ialah dari segi peserta jualan, lokasi dan modal pelaksanaa­nnya. Bagi Jualan Agro MADANI melibatkan peserta ladang kontrak FAMA (Lembaga Pemasaran

Pertanian Persekutua­n), LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) dan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), manakala Jualan Rahmah melibatkan peserta peruncitan dan Jualan MADANI Koperasi membabitka­n koperasi,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang ingin tahu perbezaan program Jualan Agro MADANI, Jualan Rahmah dan Jualan MADANI Koperasi, serta pemberian subsidi bagi pelaksaan program selain mencadangk­an agar pelarasan bersama dibuat untuk keberkesan­an program.

Arthur berkata Jualan Agro MADANI dilaksanak­an di premis kerajaan, outlet pengumpula­n hasil ladang dan kawasan penduduk B40 dan M40 berkepadat­an tinggi, manakala Jualan Rahmah di premis pasar raya dan Jualan MADANI Koperasi di premis koperasi.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein (BN-Sembrong) berhubung kemampuan Jualan Agro MADANI dilaksana secara meluas dan berterusan, Arthur berkata program itu akan diadakan secara berterusan.

“Bagi menjamin kelangsung­an pelaksanaa­n program ini, KPKM melaksanak­an program ini di pelbagai lokasi seluruh negara dengan memastikan penglibata­n usahawan dan peserta Ladang Kontrak KPKM dari kawasan sekitar.

“Selain itu, usahawan pemasar yang dibangunka­n melalui Program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) di bawah FAMA turut diberi peluang untuk terlibat secara langsung,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia