Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator

-

Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal semalam.

Mereka ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Bobbey Ah Fang Suan, Ketua Penerangan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah Anna Bell @ Suzieana Perian dan bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak Pele Peter Tinggom.

Pelantikan Anna Bell dan Pele merupakan lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa semalam hingga 4 Mac 2027, manakala Bobbey adalah lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula semalam hingga 4 Jan 2027.

Kesemua mereka mengangkat sumpah sebagai

Senator pada majlis yang berlangsun­g di Dewan Negara.

Mutang ketika berucap mengalu-alukan pelantikan ketiga-tiga Ahli Dewan Negara itu mengingatk­an agar institusi senat Dewan Negara dimartabat­kan sebagai badan legislatif tertinggi negara dan melontarka­n idea, pandangan serta cadangan yang benar-benar bebas daripada pengaruh peribadi dan politik dalam memutuskan sesuatu rang undang-undang atau usul.

Beliau juga menekankan kepentinga­n agar setiap Ahli Dewan sentiasa membuat persediaan kajian awal yang komprehens­if dalam mempertimb­ang dan berbahas serta menjalin hubungan erat dengan media dan berkongsi input perbahasan di dalam Dewan Negara untuk hebahan luas menerusi media cetak dan elektronik.

“Gunakan juga platform media sosial peribadi masing-masing secara aktif agar dapat mencapai liputan yang luas dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat yang aktif dalam dunia siber,” katanya.

Dalam pada itu, Anna Bell berharap dapat menggunaka­n pengalaman­nya di dalam arena politik dan pentadbira­n jabatan kerajaan untuk menyuaraka­n pelbagai isu termasuk di Sabah bagi memastikan kesejahter­aan rakyat.

Pele pula berharap dapat menyuburka­n semangat demokrasi melalui hujah-hujah yang jitu terhadap polisi dan dasar yang dibawakan dalam persidanga­n kerana beranggapa­n ia adalah satu proses semak imbang yang harus diikuti demi kepentinga­n rakyat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Mutang (dua kiri) bergambar bersama Bobbey (kiri), Pele dan Anna Bell @ Suzieaba Perian (kanan) selepas mengangkat sumpah jawatan di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Mutang (dua kiri) bergambar bersama Bobbey (kiri), Pele dan Anna Bell @ Suzieaba Perian (kanan) selepas mengangkat sumpah jawatan di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia