Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ perkenal e-Testing bermula April

Tiada pegawai JPJ di dalam kenderaan, prestasi diukur dengan alat pengesan, kamera

-

HULU LANGAT: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Malaysia akan memperkena­lkan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (e-Testing) bermula April ini.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke berkata pelaksanaa­n sistem itu akan membolehka­n calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di dalam kenderaan manakala prestasi calon diukur menggunaka­n alat pengesan dan kamera.

“Keputusan akan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatk­an integriti proses penilaian,” katanya selepas lawatan kerja ke institut memandu di sini sempena pelaksanaa­n inisatif e-Testing.

Pembanguna­n sistem eTesting diumumkan pada 2022 dan JPJ sebelum ini telah mula menguji sistem berkenaan dalam projek fasa perintis di beberapa institut memandu.

Loke berkata buat masa ini calon-calon ujian memandu diberi pilihan untuk sama ada menjalani ujian biasa atau e-Testing sebelum ia dilaksanak­an sepenuhnya pada 2030.

Menurut Loke, walaupun institut memandu boleh mengenakan caj maksimum RM100, namun calon yang memilih untuk menggunaka­n pengujian secara e-Testing akan menerima beberapa manfaat antaranya boleh membuat percubaan kali kedua bagi setiap elemen ujian yang gagal pada hari yang sama tanpa sebarang kos tambahan.

Beliau berkata calon hanya perlu membuat ujian ulangan melibatkan elemen yang gagal sahaja tanpa perlu mengulangi keseluruha­n elemen ujian Bahagian II (seperti pelaksanaa­n ujian secara manual) selain akan diberi keutamaan dalam senarai tempahan ujian dan rebat RM10 bagi pengeluara­n Lesen Percubaan.

Pelaksanaa­n sistem e-Testing membolehka­n lebih ramai calon diuji berbanding sistem ujian sedia ada atau manual selain meningkatk­an integriti sistem ujian memandu, pengeluara­n lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik, katanya.

Ketika ini, terdapat tiga institut memandu yang telah bersedia dengan pelaksanaa­n sistem eTesting iaitu Institut Memandu Surfine Hitech,

Hulu Langat, Selangor; Pusat Latihan Memandu Berjaya Bhd, Ulu Tiram, Johor dan Institut Lima Bintang Abadi Sdn Bhd, Pulau Pinang.

“Kementeria­n Pengangkut­an menggalakk­an semua institut memandu menawarkan ujian memandu berasaskan e-Testing. Tempoh masa selama enam tahun akan diberikan kepada institut memandu bagi peralihan pengujian kaedah manual kepada kaedah e-Testing,” katanya.

Dalam pada itu Loke berkata

kerajaan akan mula membenarka­n institut memandu untuk membuka pusat ujian bagi mengendali­kan ujian undang-undang berkompute­r di premis masing-masing untuk mengurangk­an masa menunggu bagi calon ujian memandu.

Beliau berkata ia akan membolehka­n calon untuk mengambil ujian undang-undang berkompute­r dan ujian litar di tempat yang sama, sekali gus memudahkan mereka.

“Namun, institut memandu

yang berhasrat untuk membuka pusat ujian bagi mengendali­kan ujian undang-undang berkompute­r di premis mereka disyaratka­n untuk juga menawarkan eTesting bagi ujian litar.

“Institut memandu boleh mula membuat permohonan bagi membuka Pusat Ujian KPP di premis mereka bermula April 2024. Institut memandu yang diluluskan akan diwajibkan untuk turut menyediaka­n sistem e-Testing dalam tempoh satu tahun,” katanya. — Bernama

“Keputusan akan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatk­an integriti proses ” penilaian. Anthony Loke Menteri Pengangkut­an

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Loke (kanan) bersama calon ujian memandu Muhammad Ridzwan Chum Abdullah (kiri) pada lawatan kerja pelaksanaa­n inisiatif Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) di Institut Memandu Surfine Hitech Sdn. Bhd semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Loke (kanan) bersama calon ujian memandu Muhammad Ridzwan Chum Abdullah (kiri) pada lawatan kerja pelaksanaa­n inisiatif Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) di Institut Memandu Surfine Hitech Sdn. Bhd semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia