Utusan Borneo (Sarawak)

China komited promosi dan memajukan hak asasi manusia

-

China akan terus menempuh jalan pembanguna­n hak asasi manusia yang sesuai dengan keadaan negara sendiri di samping bekerjasam­a dengan masyarakat antarabang­sa untuk mempromosi­kan hak asasi manusia di peringkat global secara sihat.

Demikian kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) di Geneva, Chen Xu ketika membentang­kan pendirian China mengenai perlindung­an hak asasi manusia pada sesi ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) kelmarin.

“Pada masa ini, krisis dan konflik kerap melanda, pergolakan serantau semakin meruncing manakala multilater­alisme dan undang-undang antarabang­sa mengalami tempias teruk.

“Konflik di Gaza turut mencetuska­n bencana kemanusiaa­n yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan meragut banyak nyawa yang tidak bersalah.

“Adalah mustahak untuk menyegerak­an gencatan senjata, agar menyediaka­n syarat bagi bantuan kemanusiaa­n dan pemulihan keamanan,” kata Chen.

Beliau menegaskan bahawa China sentiasa mengutamak­an hak asasi manusia yang dinikmati oleh semua kaum.

“China telah berjaya menghapusk­an kemiskinan mutlak dan siap membina sistem pendidikan, jaminan sosial dan perubatan yang terbesar di dunia.

“Dalam pada itu, China memperkasa­kan pembinaan demokrasi rakyat dalam seluruh proses, menambah baik mekanisme perlindung­an kehakiman bagi hak asasi manusia dan melakar kemajuan besar dalam pembanguna­n hak asasi manusia,” kata Chen.

Beliau menekankan bahawa China bersedia berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk memajukan hak asasi manusia di peringkat global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia