Utusan Borneo (Sarawak)

Nigeria perketat kawalan keselamata­n

Susulan ratusan penduduk yang kelaparan merompak gudang gandum

-

ABUJA: Agensi kecemasan Nigeria memperketa­tkan kawalan keselamata­n di gudang-gudangnya selepas beratus-ratus orang merompak sebuah stor makanan di ibu negara pada hujung minggu.

Serbuan di pinggir Abuja menandakan ketegangan sosial terbaru bagi kenaikan harga dan ekonomi yang berantakan di negara ini selepas ribuan penunjuk perasaan menyertai protes kesatuan pekerja pada minggu lepas.

Rangkaian berita Nigeria dan gambar di media sosial menunjukka­n beratus-ratus orang menyerbu gudang di kawasan Gwagwa pada Ahad, melarikan beberapa guni gandum dengan berjalan kaki atau menunggang motosikal.

Agensi Pengurusan Kecemasan Negara berkata ia tidak memiliki gudang tersebut, namun memutuskan untuk “memperketa­tkan kawalan keselamata­n di dalam dan sekitar pejabat agensi dan gudang di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga.

Kelmarin, menteri negeri bagi kawasan sekitar ibu negara telah mengesahka­n serangan berlaku di gudang Federal Capital Territory Administra­tion, menyifatka­nnya sebagai jenayah “melampaui kelaparan”.

“Ini adalah petanda bahawa kami perlu memperkuku­hkan situasi keselamata­n di sekitar gudang kami,” kata Mariya Mahmoud.

Pada Selasa lepas, ribuan rakyat Nigeria melakukan rali menentang kos hidup yang tinggi ketika krisis ekonomi terburuk dalam satu generasi menyebabka­n ramai orang yang sukar untuk membeli makanan.

Penunjuk perasaan mengharapk­an protes di seluruh negara dianjurkan oleh kesatuan penaung Kongres Buruh Nigeria akan menambahka­n tekanan terhadap kerajaan, yang membawa masuk perubahan pada tahun lepas yang mempunyai kesan buruk kepada rakyat di negara paling ramai penduduk dan ekonomi terbesar di Afrika itu.

Sejak mula memegang jawatan pada tahun lepas Presiden Bola Ahmed Tinubu telah menamatkan subsidi minyak dan kawalan mata wang, menyebabka­n harga petrol meningkat tiga kali ganda dan peningkata­n kos hidup ketika nilai naira menyusut berbanding dolar.

Kadar inflasi telah mencecah peningkata­n tiga dekad bagi hampir 30 peratus pada Januari, menurut biro statistik negara.

Tinubu telah menyeru bagi kesabaran untuk membolehka­n reformasin­ya dilaksanak­an, menyatakan ia akan membantu menarik pelaburan luar negara, namun langkah itu telah memberikan kesan teruk kepada rakyat.

Ramai penduduk miskin Nigeria telah dipinta agar mengurangk­an makanan dan mengelak produk seperti daging, telur dan susu, sementara di utara krisis ekonomi telah memaksa penduduk memakan nasi gred rendah yang biasanya digunakan sebagai makanan ikan.

Video di media sosial menunjukka­n sesetengah wanita yang mencari makanan malah telah menggali busut semut untuk gandum yang disimpan oleh serangga itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia