Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China dirasmi

-

Sidang kedua Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 dirasmikan di Dewan Besar Rakyat Beijing semalam dan turut dihadiri Presiden Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin negara yang lain.

Pada sidang itu Perdana Menteri Li Qiang turut menyampaik­an laporan kerja kerajaan.

Li berkata dalam setahun lalu, ekonomi China pulih dan mengekalka­n trend pembanguna­n yang mampan.

Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi RMB126 trilion (RM78 trilion), meningkat 5.2 peratus dari tahun ke tahun.

Kadar pertumbuha­n itu menduduki tempat terdepan dalam entiti ekonomi utama di dunia.

Menurut Li, pada tahun lalu sejumlah 124.4 juta peluang pekerjaan dita

war kepada penduduk di bandar dan pekan dan kadar penganggur­an berdaftar di

kawasan terbabit mencatat 5.2 peratus. Di samping itu, indeks harga pengguna (IHP)

naik 0.2 peratus.

Li berkata bahawa sasaran pembanguna­n bagi tahun ini adalah KDNK meningkat kira-kira lima peratus, mempergiat pembinaan sistem perindustr­ian moden, mempercepa­t pembanguna­n daya produktif berkualiti baharu.

Di samping itu, tumpuan turut diberikan kepada peranan utama inovasi, mendorong inovasi perindustr­ian melalui inovasi sains dan teknologi, mempercepa­t pembinaan industrial­isasi baharu, meningkatk­an produktivi­ti elemen komprehens­if, membina dan meneroka tenaga penggerak selain keunggulan baharu serta mendorong kenaikan produktivi­ti masyarakat.

Sementara itu, usaha juga akan ditumpukan untuk penambahba­ikan dan menaik taraf rantaian bekalan dan rantaian perindustr­ian, membina lebih banyak jenama “buatan China” yang berprestij di arena antarabang­sa. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? RASMI: Xi (tengah) bertepuk tangan ketika Sidang kedua Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 dirasmikan di Dewan Besar Rakyat Beijing semalam.
— Gambar AFP RASMI: Xi (tengah) bertepuk tangan ketika Sidang kedua Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 dirasmikan di Dewan Besar Rakyat Beijing semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia